Asuh

Bibik Dr Say Buat Hal Lagi…Kali Ini Kasari Anak Pula! Bayi Digoncang & Kepala Dibiarkan Terjuntai

7
SHARES
dr say shazril

Sebelum ini kita dikejutkan dengan kes yang dikongsikan oleh doktor selebriti, Dr Say Shazril di laman Instagramnya, meluahkan rasa marah dan bengang apabila dua orang pembantu rumahnya kantoi membawa masuk dua orang lelaki ke dalam rumah dan melakukan hubungan intim.

Ramai menjangkakan bahawa pembantu ini telah dihantar pulang namun tidak. Setelah berbaik semula, Dr. Say memberikan peluang kedua kepada pembantu tersebut namun kali ini perbuatannya lebih teruk apabila anak ketiga, Zaqriel atau Baby Zeq telah digoncang dengan sengaja.

Baca juga: “Allah Pinjamkan Al Fateh Selama 8 Bulan..”- Nukilan Rindu Bapa Bayi Maut Di Taska Undang Air Mata

PEMBANTU RUMAH DR SAY SHAZRIL BUAT HAL LAGI! KALI INI GONCANG BABY ZEQ!

dr say shazril

Dr Say berkongsikan kejadian tersebut berlaku ketika dia dan isterinya berada di Pulau Pinang atas urusan kerja dan isterinya tergerak hati untuk melihat CCTV yang ada di dalam rumah. Berderau darah serta merta kerana apa yang dilihat adalah pembantu rumah sedang menggongcang badan dan kepala Baby Zeq dibiarkan tergantung dalam keadaan dalam tempoh yang lama sehingga si kecil itu kelihatan tidak bermaya.

“Kami bagi dia peluang kedua lepas incident bawak masuk lelaki yang lepas sebab sebelum incident tu, dia baik orangnya. Rupanya makin menjadi. Helper ni sama je tak kira dari Indonesia atau Filipina. In the end its all about perangai individu tu tak kisah dari mana they came from.”

Dr Say atau nama penuhnya Muhammad Shazril Shaharuddin, 36 tahun, terkejut namun bersabar dan tidak menegur pembantu kerana risaukan nyawa dan keselamatan anak-anak ketika beliau tiada di rumah.

“Setelah bercakap dengan pembantu rumah Filipina saya, cerita dia macam ini.

“Pembantu rumah Indonesia baru saya pada awalnya perlu ditugaskan hanya menjaga baby Zeqriel. Pembantu rumah Filipina saya jaga Ace dan Sefriel.

“Siapa jaga Ace dan Sefriel kena kemas rumah juga sebab anak-anak pergi sekolah, jadi banyak masa terluang.

“Baru-baru ini, semasa saya dan isteri pergi Jepun, pembantu Filipina ini pandai-pandai dia jaga Zaqriel dan pembantu Indonesia jaga Ace dan Sefriel pula mengemas rumah. Katanya, nak bagi Ace dan Sefriel biasakan diri dengan pembantu Indonesia. Kami layankan sajalah.

“Namun benda itu memakan dirinya. Baru-baru ini dia koyak kot, dia buat keganasan. Ada video saya nampak dekat kamera litar tertutup (CCTV).

“Sudah buat kesalahan dua kali. Kali ini dia buat lagi. Nasib baik saya tak angkat tangan mahupun sepak terajang. Dia patut pergi. Saya dah bagitahu dia, dia agak terkedu. Hari Selasa minggu depan dia kena balik. Tiket kapal terbang sudah beli,” kata Dr Say.

dr say shazril

DR SAY MENGAKU SILAP BERI PELUANG KEDUA

Dalam hantaran lain, Dr Say mengaku kesilapannya tidak membuang pembantu rumah yang terdahulu membawa masuk lelaki ke rumah. Difahamkan perkara itu sudah berlarutan selama 10 bulan. Peluang kedua diberikan kerana menyangkakan pembantu itu akan berubah, namun tidak sama sekali..

“Saya mengaku salah tak buang terus maid Filipina tu lepas incident bawak masuk lelaki yg lepas. Saya tidak menjangka dia sampai begini sekali. Mujur tiada kecederaan serius pada Baby Zeq.”

Warganet meluahkan rasa geram dan turut memaki hamun di laman Instagram ekoran kejadian itu dan meminta Dr Say membuat laporan polis supaya tindakan undang-undang diambil. Malah ada yang beri peringatan supaya tidak meninggalkan anak dengan pembantu sahaja dalam jangka masa lama!

“Lepas ni doc kalau outstation lama-lama tolong la drop kids dekat rumah parent/ adik beradik bersama helper. Jangan tinggalkan anak-anak dengan helper tanya pengawasan dari famili. Seminggu doc pi Jepun tu lama, bukan urusan kerja pulak tu Dah banyak kali jadi, lepas ini kena alert. Kami sayang baby Zeq”netizen

“Ya Allah tengok dia ketap bibir tuu dengan kaki dia gerak-gerak macam tu nampak la jenis tak boleh sabar. Takutnyaa! Mujur Allah tunjuk. Semoga Allah gantikan dengan yang lebih baik untuk family doc”netizen

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)

Jadi, buat mak ayah di luar sana yang ada pembantu rumah dari luar berhati-hatilah dan jangan letak 100% kepercayaan. Kalau perlu bekerja luar kawasan, tinggalkan bersama ahli keluarga atau kenalan rapat yang sudi, bukan terpaksa.

Baca juga: Dr. Say Kongsi Pengalaman Jika Mahu Melancong Ke India, Semuanya Di Paras BAHAYA!

Sumber: Instagram @say_shazril

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×