Asuh

Tragis! Tubuh Pelajar Ditemui Di Sekolah Bersama Nota Terakhir, Tertekan Gagal Dapat Nombor 1

29
SHARES
nombor 1

Bergelar pelajar terbaik dan mendapat nombor 1 di sekolah merupakan impian atau cita-cita bagi setiap pelajar yang sedang menuntut ilmu baik di peringkat rendah mahupun tinggi. Namun, impian ini tidak boleh dijadikan desakan oleh ibu bapa dengan mengatakan mendapat kedudukan nombor 1 itu adalah wajib kerana boleh menyebabkan anak-anak stres!

Seperti kejadian terbaharu yang dilaporkan apabila seorang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah bertempat di Georgetown, Pulau Pinang, melakukan sesuatu yang akhirnya mengorbankan dirinya sendiri setelah gagal meraih target yang dimahukan.

Baca juga: Lukisan Anak Sulung Duduk Seorang Diri Buat Ibu Tersentak, Bila Ditanya Jawab “Mama Papa Sayang Adik Je”

GAGAL DAPAT NOMBOR 1, PELAJAR DISAHKAN HEMBUS NAFAS TERAKHIR & TINGGALKAN NOTA..

nombor 1

Foto hiasan.

Kira-kira jam 5.57 petang semalam, pihak polis telah menerima laporan mengenai penemuan tubuh pelajar perempuan yang dipercayai tercampak dari tingkat 8 bangunan sekolahnya. Meskipun pihak sekolah bertindak segera dengan menelefon ambulans, namun gadis tersebut disahkan menghembuskan nafas terakhir dan tidak dapat diselamatkan.

Lebih menyayat hati adalah, turut ditemui bersama pelajar itu adalah sekeping nota terakhir mengenai tekanan gagal mendapat nombor 1. Difahamkan, nota berkenaan mengandungi luahan bagaimana dia merasa tertekan kerana gagal mendapat nombor 1 di sekolah. Pun begitu, butiran lanjut mengenai nota berkenaan belum dapat dipastikan lagi.

Buat masa ini, kejadian pilu itu diklasifikasikan sebagai pemergian yang mengejut. Malahan, pihak polis juga berkata tiada sebarang unsur jenayah ditemui di lokasi kejadian.

“MAK AYAH JANGANLAH PUSH ANAK..”

nombor 1

Foto: Malaysian Gazette

Kes sebegini mendapat pelbagai reaksi dari warga maya yang menitipkan pesan khususnya kepada ibu bapa supaya tidak terlampau memaksa anak-anak untuk sentiasa menjadi yang TERBAIK. Ada satu komen yang menarik perhatian yang mengatakan, nombor 1 di sekolah itu tidak semestinya menjadikan apa-apa dalam hidup…

“Kalau la boleh bagitau budak tu yang nombor dekat kelas itu tak ada maksud apa-apa pun dalam hidup kita. It’s just a pressure for nothing. We need to teach our kids how to survive in life, personal financial management, anger management, EQ, team work, empathy. Semua ini lagi penting dik.. I hope all parents out there berhenti bagi pressure dekat anak-anak. Our life is so short. The moments with our kids are more important than the ranking in class. REST IN PEACE innocent soul.” – warga maya

“Hidup ni keras. Bukan sebab masalah kewangan atau kerja. Sekolah lagi pun dah ada tekanan. Macam mana nak hadapi dunia sebenar selepas sekolah?”- warga maya

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Malaysia Gazette (@malaysiagazette)

*Sungguh tragis kejadian ini dan tiada siapa menduga. Diharapkan semoga mak ayah sentiasa pantau dan perhatian yang secukupnya kepada anak-anak supaya tidak terjerumus dalam masalah kesihatan mental.

Baca juga: AWAS, Jangan Bagi Anak Tengok 9 Karakter Kartun Ini Dalam Youtube, Boleh Jejas Mental!

Sumber: Malaysian Gazette

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×