Menjadi perbualan hangat apabila melihat ramai dalam kalangan wanita melancong ke negara India adalah tahap keselamatan yang meragukan. Hal ini kerana, kes rogol di India sememangnya sudah diketahui ramai berada di aras yang sangat berbahaya terutama untuk wanita.
Berikutkan kekerapan kes orang hilang, dijumpai maut berlaku dalam Malaysia, Dr.Say Shazril yang juga pernah melanjutkan pelajaran di India tampil mengulas dan memberi peringatan kepada orang ramai sebelum ke sana.
Baca juga: Kematian Tragis Adik Nuraina Humaira, Dirogol & Dibunuh Selepas Nak Beli Ayam Goreng…
KES ROGOL DI INDIA PARAS BAHAYA, INSIDEN TERBAHARU DR. MOUMITA MENGEJUTKAN
Berdasarkan laporan statistik yang dikongsikan dalam video Dr.Say, lebih kurang 86 kes rogol dilaporkan setiap hari berlaku di India. Malah lebih menyeramkan adalah, lebih banyak lagi kes yang tidak dilaporkan kerana stigma kepada wanita yang telah dirogol dan kurang kepercayaan kepada pihak polis.
Tambahnya lagi, pernah berlaku satu kes melibatkan pasangan kekasih pelancong dari Sepanyol, apabila si teman wanita telah dirogol secara bergilir-gilir sewaktu berada di India. Teman wanitanya telah dirogol oleh 7 orang lelaki.
Terbaharu adalah kes yang meruntun hati orang ramai malah satu dunia adalah berlaku pada 9 Ogos 2024, melibatkan seorang doktor wanita, Dr. Moumita Debnath di Kolkata. Rakan sekerjanya melaporkan kehilangan dia dan kali terakhir beliau dilihat menuju ke dewan seminar untuk berehat selepas 36 jam bekerja!
Malangnya, mayatnya ditemui dalam keadaan yang sungguh tragis apabila laporan bedah siasat sahkan beliau dirogol dan dicekik hingga mati.
Doktor malang ini kena bunuh dengan cara yang sangat ganas apabila badannya penuh dengan luka dengan mata berdarah, jari patah, mulut cedera dan yang paling tak sanggup nak bayang, dia juga alami pendarahan dekat bahagian sulit. Bukan setakat itu sahaja, ada kecederaan di perut, tangan, dan muka, kaki dikepak jadi 90°. Paling tak boleh diterima sekali, 150ml air mani ditemui dalam tubuhnya dan beratus-ratus kesan gigitan manusia.
KES SEPERTI SUDAH TIDAK DAPAT DIBENDUNG…
Ini sangat mengejutkan apabila Dr.Say sendiri menjelaskan bahawa seorang manusia (lelaki) hanya boleh hasilkan 10ml air mani sahaja? Bayangkan, betapa ramai lelaki yang terlibat dalam aktiviti yang memalukan ini. Berdasarkan laporan terbaharu, hanya 3 orang suspek sahaja yang berjaya ditangkap buat masa ini.
Dr.Say turut berkongsikan pengalamannya ketika menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di India sekitar tahun 2008-2013, pernah berlakunya satu kejadian besar di Delhi pada 2012. Kejadian itu melibatkan seorang pelajar wanita dirogol dan dibunuh oleh 5 orang lelaki, semua pelaku telah dihukum mati.
@say_shazril0Bukan sahaja di India tapi di negara kita sendiri pun dah makin gila & bahaya. Always jalan beramai2, sentiasa inform family members keberadaan kalian & jauhi tempat2 gelap & sunyi. Kes di Kolkata ini cukup mengerikan yg kalau doktor sendiri pun tak selamat, apetah lagi wanita bekerjaya di luar sana. Apa nak jadi ni peeps?♬ original sound – say_shazril
*Kes-kes sebegini seperti sudah tidak dapat dibendung lagi oleh kerana sistem korupsi di India malah turut dipaparkan dalam filem popular yang diadaptasi dari kisah benar, Gangubai Kathiawadi dibintangi oleh Alia Bhatt. Antara petikan ayat yang sangat mendalam dalam filem ini adalah…“Ikat kedua-dua kaki wanita itu dengan ketat, kerana lelaki tidak boleh dipercayai meskipun dengan mayat..”
Baca juga: 10 Peringatan PENTING Sebelum Anda Keluar Rumah, Selit 3 Barang Ini Dalam Beg Juga…
Sumber: Tiktok @say_shazrilO