Famili

Kaki Adik Hidayat Tiba-Tiba Membengkak Selepas Merentas Desa, Terpaksa Dipotong…

57
SHARES
kejohanan merentas desa

Kejohanan merentas desa merupakan acara yang wajib diadakan di setiap sekolah. Bagi pelajar yang suka bersukan dan acara larian, ini merupakan masanya untuk mereka menunjukkan kebolehan sekaligus menjadi pemenang bagi acara merentas desa ini.

Namun, berbeza bagi kehidupan seorang remaja lelaki yang aktif bersukan sejak kecil bertukar sekelip mata apabila dia disahkan menghidap kanser tulang sehingga menyebabkan kaki kirinya dipotong pada Julai lalu selepas merentas desa. Alahai…

Baca juga: Anak Diejek & Malu Pakai Beg Sekolah Koyak, Bapa Tebalkan Muka Mohon Bantuan Beg Terpakai

KAKI DIPOTONG SELEPAS KEJOHANAN MERENTAS DESA, KANSER TULANG

kejohanan merentas desa

Foto: Sinar Plus

Menurut laporan Kosmo, penderitaan yang ditanggung Mohd Hidayat Mujahid Mohamed So’od, 13, itu bermula apabila kaki kirinya tiba-tiba membengkak selepas menyertai larian merentas desa di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seberang Temerloh, pada Mei lalu.

Bapanya, Mohamed So’od Abdullah, 57, berkata, anak bongsu daripada lima beradik itu memang seorang yang aktif bersukan dan tidak pernah menunjukkan sebarang simptom penyakit barah tulang.

“Selepas sehari menyertai la­rian itu, anak mengadu sakit kaki dan pada mulanya, saya ingat sakit biasa. Bagaimanapun, sakit itu tetap tidak hilang selepas tiga kali kami ke klinik” bapanya berkata.

Hidayat kemudian dirujuk ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh dan hasil ujian imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) mendapati ada ketulan tulang dan dia disahkan menghidap kanser tulang pada penghujung Jun. Malah, penderitaan bertambah apabila kaki kirinya anaknya terpaksa dipotong pada Julai lalu.

Memang berat hati menerima keputusan ini, tetapi Mohd. Hidayat sendiri mengaku tidak dapat lagi menanggung kesakitan akibat penyakit itu.

“Malah, dia reda dengan takdir ini. Kami rasa beremosi bila mengenangkan penderitaan yang dialaminya,” katanya.

BUNTU MEMIKIRKAN KOS PENJAGAAN..

kejohanan merentas desa

Foto: Sinar Harian

Jelas beliau lagi, dengan pendapatan bulanan kira-kira RM1,500 sebulan sebagai pembantu dobi, mereka sekeluarga kini semakin buntu memikirkan kos yang diperlukan untuk Mohd. Hidayat seperti bekalan susu khas, lampin, pembelian kaki palsu serta kerusi roda.

Katanya, setakat ini dia juga menanggung dua anak yang masih belajar termasuk seorang di Politeknik Muadzam Shah, Rompin.

Ibunya, Zanariah Abu Sah,50, berkata, Mohd. Hidayat terlalu muda untuk menanggung penderitaan apabila kaki kirinya tidak dapat diselamatkan dan terpaksa dipotong. Anaknya terpaksa melupakan cita-citanya untuk menjadi pelumba basikal walaupun itulah impian Mohd. Hidayat sejak kecil.

“Kini, kami berharap dapat bantuan kaki palsu yang sesuai dengan keadaan anak selain sedang menunggu bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Oleh itu, bagi mana-mana pihak yang ingin membantu boleh menghubungi keluarga ini di talian 013-7149987 atau menyalurkan sumbangan ke akaun Hong Leong Bank bernombor 13151036504 atas nama Moha­med So’od Abdullah.

Baca juga: “Rasa Nak Hempuk Buku!”- Bapa Marah Subjek Matematik Sekolah Rendah Terlampau Susah

Sumber: Kosmo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×