Sejak kebelakangan ini, rakyat Malaysia sering digemparkan dengan berita orang hilang sehingga ada yang kehilangan nyawa. Kes-kes sebegini sudah semestinya meningkatkan kerisauan orang ramai dan disarankan untuk lebih berhati-hati terutama yang sering keluar berseorangan.
Oleh itu, tidak kisah buat seorang lelaki atau wanita, berikut merupakan 10 peringatan penting sebelum anda keluar rumah. Awas, apa-apa sahaja boleh berlaku!
Baca juga: Kaki Adik Hidayat Tiba-Tiba Membengkak Selepas Merentas Desa, Terpaksa Dipotong…
BANYAK KES ORANG HILANG, INI 10 PERINGATAN SEBELUM ANDA KELUAR!
Untuk anda semua, pastikan sebelum keluar kemana-mana walaupun hanya lepak dekat tempat yang anda sudah terbiasa sekalipun, MESTI INGAT 10 PERKARA INI:
1. Tolong beritahu kepada sesiapa sahaja yang merupakan kenalan anda walaupun hanya seorang. Lokasi, pukul berapa rancang untuk pulang dan bersama siapa. Kalau ada perubahan masa pun, beritahu saja.
2. Kongsi ‘live location‘ dengan kawan-kawan, seramai mana kawan yang anda percaya. Boleh guna aplikasi ‘Find My’, ‘Live360’. Lebih mudah untuk ‘trace’ apabila berlaku kejadian.
3. Beli alatan perlindungan diri seperti ‘alarm’ kecil atau penyembur lada yang boleh DIY.
4. Kalau boleh, cuba elak keluar berseorangan dan kalau perlu, video call rakan rapat atau keluarga.
5. Peka dengan keadaan sekeliling dan jangan leka main telefon waktu berjalan terutama sekali ketika berada di tapak parking kereta.
6. KUNCI KENDERAAN sebaik sahaja masuk dalam kereta secepat yang mungkin. Sebelum buka kunci pun tengok dulu sekeliling kereta in case ada yang menyorok bawah/tepi kereta memang menunggu anda datang.
7. Pastikan telefon mempunyai bateri yang cukup, sediakan powerbank/charger dalam kereta.
8. Elak berkunjung ke tempat yang sunyi, pergi lah tempat ramai orang, yang selamat. Kalau kena tahan polis malam-malam kat jalan tak ramai orang, drive je sampai tempat yang ada orang.
9. JANGAN MUDAH PERCAYA DENGAN SESIAPA SAHAJA! Hati-hati dengan orang yang tidak dikenali walaupun orang itu anda kenal.
10. Cuba untuk tidak menggunakan jalan/laluan yang sama setiap hari untuk elak diperhatikan dan mudah untuk jangka anda ke mana. Kalau boleh, jangan makan tempat yang sama je hari-hari.
BARANG WAJIB ADA DALAM BEG
Ini merupakan antara benda wajib memang ada dalam beg setiap masa jika anda selalu bersendirian termasuklah ketika melancong:
1) Lampu suluh kuasa tinggi: Selain nak suluh dalam gelap, boleh guna nak sakitkan mata penjahat.
2) Pocket alarm: Untuk tarik perhatian dan sakitkan telinga.
3) Victorinox pocket multitool knife: Pisau lipat kecil yang boleh digunakan secara pelbagai.
4) Pepper Spray (yang ada permit, ada jual kat kedai biasa): Hati-hati guna sebab bahaya.
*Semoga kita dijauhkan dari segala bahaya. Apa yang boleh diusahakan adalah sentiasa peka, baca doa dan berserah kepada Allah SWT.
Baca juga: “Jemput Datang ke Pahang, Raikan Perkahwinan Diraja Anakanda Saya”- Tunku Azizah