Baru-baru ini tular sebuah video di laman Tiktok yang menyaksikan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sempat berkongsi tentang persiapan perkahwinan diraja Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah.
Ternyata, apa yang menjadi persoalan rakyat sudah dijawab dan hanya perlu menunggu kenyataan rasmi dari istana sahaja. Tak sabar nak menyaksikan perkahwinan diraja ini!
Baca juga: Kenali Wajah Putera & Puteri Kerabat Diraja Pahang, Pasti Ramai Nak Tahu!
PERSIAPAN PERKAHWINAN DIRAJA PAHANG, TENGKU PUTERI AFZAN
Baginda yang berangkat ke Majlis Penutup Islamic Fashion Festival (IFF) 2024 dan Perasmian Pameran Solo Syed Thajudeen, di Kompleks Muzium Diraja Sultan Ahmad Shah, Kuantan semalam bertitah agar istiadat perkahwinan berkenaan sentiasa diingati Tengku Afzan.
“Dalam masa dua minggu lagi, mahu pastikan anak perempuan saya dengan majlis perkahwinan paling indah untuk diingati sepanjang hidupnya,” titahnya.
Khabar berkenaan sekali gus menjawab pertanyaan ramai tentang perkahwinan diraja Pahang di antara Tengku Puteri Afzan dan pilihan hatinya, Fd Idzham Fd Iskandar. Ternyata, selepas mendengar sendiri pun masih ramai yang terkejut dan masih tidak percaya, hanya menantikan hari kejadian tersebut.
Namun, apa yang pasti adalah Tunku Azizah yang terkenal dengan kemesraan dan rendah dirinya tidak berselindung tentang ijab kabul yang akan dilangsungkan. Malah, Tunku sendiri selalu menjawab komen-komen rakyat di laman Tiktok menyatakan akan ada perkahwinan diraja.
RAKYAT PAHANG DIJEMPUT
Tidak dilupakan, baginda turut menjemput rakyat Pahang untuk sama-sama meraikannya menerusi siaran lintas langsung.
“Dalam masa dua minggu, dia (Tengku Puteri Afzan) akan jadi ‘bridezilla’ (pengantin perempuan), saya akan jadi ‘groom momster’ (dengan berseloroh).
“Oleh kerana rumah saya kecil, saya tidak boleh menjemput seluruh negeri Pahang ke perkahwinan diraja yang akan berlangsung lagi dua minggu.
“Tetapi saya ingin mengumumkan di Padang MBK depan dan Padang Kotasas (majlis) selama empat hari. Ada skrin besar di mana rakyat negeri Pahang, bolehlah berkumpul, berpesta untuk meraikan perkahwinan diraja,” titah baginda.
Permaisuri kepada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu juga memaklumkan pelbagai aktiviti diadakan semasa majlis berkenaan seperti konsert dan persembahan.
“Jemput datang ke Pahang. Sama-sama kita meraikan perkahwinan diraja lagi dua minggu ini. ‘Bridezilla, godzilla, monster’ (berseloroh),” titah baginda.
Mengejutkan dan menimbulkan tanda tanya sebelum ini adalah tular poster digital dikongsikan oleh pengurus acara yang mengendalikan majlis tersebut, Teja Market di laman sosial.
Pada poster yang dimuat naik, majlis tersebut diberi nama Langit Cinta Lintas Langsung Istiadat Perkahwinan Diraja turut menyatakan lintas langsung istiadat perkahwinan diraja berkenaan bertempat di Tasek Kotasas, Kuantan selama tiga hari bermula 22 Ogos ini dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
Hantaran yang sama juga telah diulang siar oleh Tunku Azizah menerusi akaun TikTok @cmspahang dipercayai miliknya.
*Apa yang disangkakan ramai adalah perkahwinan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, rupanya adindanya…
@faishahariWah tak sabar nak tengok perkahwinan Anak Raja 😍♬ Beautiful Moments – Musik Relaksasi ID
Baca juga: 6 Raja Permaisuri Jelita Yang Menjadi Penyeri Istana & Idola Rakyat, Ini Pilihan Netizen..
Sumber: Tiktok @faishahari, @tejamarket7