Asuh

Padah Main Gajet Sejak Usia 1 Tahun, ‘Power’ Rabun Mata Kanak-Kanak Ini Dah Cecah 900 Darjah!

3.9K
SHARES

Penggunaan gajet dalam kalangan kanak-kanak pada zaman sekarang sudah semakin meluas. Pantang ada gajet, pastinya kanak-kanak akan melekat selama 24 jam tanpa berbuat apa-apa. Apa yang menyedihkan adalah ibu bapa juga lebih cenderung memberikan gajet kepada anak-anak tanpa mengira masa.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita seorang kanak-kanak dari China yang mengalami masalah rabun jauh teruk iaitu Myopia gara-gara terlalu taksub dengan gajet. Sedar tak sedar power matanya sudah mencecah 900 darjah!

UMUR 2 TAHUN SUDAH HIDAPI MYOPIA

Seorang kanak-kanak berumur 2 tahun bernama Xiao Man dari Jiangsu, China ini telah mengejutkan orang ramai apabila sudah didiagnos dengan penyakit myopia yang teruk. Myopia atau penyakit rabun ini adalah masalah rabun jauh yang sangat teruk.

Apa yang merisaukan lagi adalah ibu bapa kepada kanak-kanak ini sudah mengamalkan tabiat ini sejak anaknya berumur 1 tahun! Mereka sudah membiasakan anak mereka dengan gajet sepanjang masa dan menjadikan anaknya sangat selesa dan tidak menangis apabila gajet berada di tangan.

POWER MATA CECAH 900!

Selepas setahun ‘melekat; dengan penggunaan gajet, kanak-kanak ini sudah menunjukkan tanda-tanda rabun. Hal ini dapat dikesan apabila Xiao Man mula mengecilkan mata dan mengerut dahi apabila melihat skrin gajet.

Tanpa berbuat apa-apa buat seketika, akhirnya ibu bapa Xiao Man membawanya ke klinik untuk melakukan pemeriksaan mata. Apa yang mengejutkan rupa-rupanya Xiao Man sudah mengalami 900 darjah rabun jauh!

Menurut doktor, kanak-kanak seusia atau muda dari Xiao Man amatlah tidak sesuai didedahkan dengan penggunaan gajet dan kekerapan menonton skrin gajet boleh menyebabkan masalah mata yang teruk. Tambah doktor, masalah yang dialami oleh Xiao Man tidak boleh disembuhkan dan akan bertambah teruk jika tabiat penggunaan gajet masih diteruskan.

Sumber: World of Buzz

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×