Pantang

5 Sebab Bayi Cepat Panas & Berpeluh Walaupun Dah Duduk Dalam ‘Aircond’

2.7K
SHARES

“Ish, sampai basah belakang Ainal ni berpeluh-peluh. Dah bukak aircond pun panas lagi ke? Nanti kalau kuatkan lagi aircond, kita pulak yang kesejukan. Pelik betul…”

Mak-mak mesti selalu jumpa kesan peluh pada tilam yang bayi tidur bila mereka diangkat atau dialihkan dari tempat tidur. Bukan main banyak peluh mereka kan?

Kadangkala rasa hairan juga sebab kita tak rasa panas pun. Ada tu, siap dah pasang aircond lagi, tetap juga berpeluh. Sebagai mak, dah tentulah rasa kasihan pula kalau bayi rasa tak selesa. Kalau terlalu banyak peluh pun boleh menyebabkan ruam.

Tapi kenapa bayi cepat berpeluh, terutamanya pada waktu malam atau ketika tidur?

Jom ketahui beberapa puncanya.

5 Sebab Bayi Cepat Panas & Berpeluh Walaupun Dah Duduk Dalam ‘Aircond’

Sebenarnya, bayi berpeluh ketika tidur memang biasa berlaku, terutamanya dalam iklim tropika seperti kita di Malaysia.

Sekalipun ianya normal, namun ada beberapa perkara yang perlu kita tahu tentangnya.

1. Sistem Saraf Yang Belum Matang

Alasan yang pertama ini adalah punca bayi berpeluh yang paling biasa berlaku dan tak perlu dirisaukan oleh ibu ayah.

Bagi bayi yang masih kecil, mereka amat sensitif terhadap persekitaran. Oleh kerana sistem saraf mereka belum matang, tubuh bayi belum mampu lagi untuk mengawal suhu badannya. Maka, pertambahan kecil dalam suhu persekitaran boleh menyebabkan bayi berpeluh dengan lebih banyak berbanding orang dewasa.

2. Pakaian Yang Kurang Sesuai

Memang excited belikan bayi bedung, barut, stokin dan topi. Baju pula berfesyen-fesyen, siap dengan renda, bunga-bunga besar, dan berlapis-lapis pula. Nampak comel betul bila dipakai dek bayi, kan? Tapi kita mungkin tak perasan yang bayi sebenarnya kepanasan dan tidak selesa.

Seeloknya pakaian bayi dibuat daripada kain kapas yang menyerap peluh. Kalau nak dibedung pun, gunalah kain yang nipis dan sesuai dengan suhu bilik ya.

3. Hiperhidrosis

Hiperhidrosis adalah kondisi di mana peluh berlebihan dihasilkan di luar keperluan fisiologi badan. Dalam erti kata lain, mereka ini memang jenis yang ‘kuat berpeluh’. Ia mungkin disebabkan faktor keturunan, yang bermula di zaman kanak-kanak atau remaja dan mungkin berterusan selama beberapa tahun.

Biasanya kita boleh mengesan mereka yang mengalami masalah ini mempunyai kaki dan tangan yang cepat berpeluh berbanding anggota badan lain.

Sungguhpun ia tidak merbahaya, namun ibu ayah perlu memantau kondisi ini supaya anak kekal selesa.

jerawat pada bayi

Foto Kredit: healthawarenesscommunity.com

4. Masalah Jantung

Apa yang membimbangkan, bayi yang kerap berpeluh dikhuatiri mempunyai masalah jantung. Bayi yang mengalami masalah ini boleh dikenalpasti apabila mereka kerap berpeluh semasa menyusu dan semasa aktif, bukannya semasa tidur.

Bayi juga biasanya kelihatan letih ketika aktif seolah-olah membuat senaman yang berlebihan kerana jantungnya yang agak lemah.

Foto Kredit: topsimages.com

5. Masalah Kesihatan Lain

Selain daripada punca yang disenaraikan di atas, peluh yang berlebihan pada bayi mungkin boleh berpunca daripada masalah sistem saraf, masalah pernafasan, kelenjar tiroid yang terlalu aktif mahupun gangguan genetik.

Walaupun keadaan ini jarang berlaku, namun ibu ayah seharusnya merujuk kepada pakar sekiranya terdapat sebarang perkara yang luarbiasa pada anak.

Jangan Guna Ubat Sebarangan

Jika anak anda selalu berpeluh, anak kecil dan bayi memang mudah terkena ruam panas. Ruam ini selalunya terdapat di bahagian-bahagian badan yang terlipat dan tertutup oleh pakaian misalnya ruang lampin, celahan kulit pada sendi dan leher.

Jika ini berlaku, jangan bubuh sebarang ubat atau krim kulit pada ruam tanpa nasihat doktor, kerana ia mungkin mengandungi bahan-bahan yang akan merangsang kulit bayi dan menyebabkan ruam menjadi lebih teruk.

 

*Rujukan: DoktorBudak.com, TheAsianParent.com.my, UtusanMalaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×