Asuh

Nak Anak Kuat Hadapi Cabaran? Ini ‘RAHSIA’ Kemahiran Urus Diri Mama Boleh Ajarkan!

2
SHARES
cara didik anak urus diri

Bagaimanakah cara untuk membina anak yang mempunyai ketahanan diri (resilient)? Terdapat ibu bapa di luar sana yang masih mencari jawapan kepada persoalan ini. Sebenarnya, boleh dimulakan dengan cara didik anak urus diri.

Menurut Puan Wan Nur Syakira, si manja sudah boleh diajar cara menguruskan diri seawal usia 6 bulan lagi. Terdapat pelbagai kemahiran urus diri yang boleh diajar dan kebaikannya kepada anak-anak. Kalau nak tahu kaedahnya, baca artikel ini sampai habis.

Baca juga: Batuk Anak Asyik Tak Pulih, Ibu Kongsi 4 Kaedah Mujarab Selain Ubat, Memang Berkesan!

CARA DIDIK ANAK URUS DIRI

cara didik anak urus diri

Gambar: freepik

Bagaimana nak bina anak yang resilient (punya ketahanan diri)? Mulakan dengan ajar cara urus diri. Anak ini sebenarnya boleh diajar cara urus diri seawal usia 6 bulan lagi tau.

Antara kemahiran urus diri yang boleh diajar:

Usia 6-12 bulan

  • Boleh capai objek berhampiran
  • Boleh lihat objek bergerak
  • Boleh makan pelbagai tekstur makanan dan makan finger food sendiri
  • Boleh gunakan lidah untuk kunyah makanan (gerakkan ke kiri dan ke kanan)

Usia 1-2 tahun

  • Boleh meniru perbuatan orang dewasa
  • Mula memberus gigi sendiri (memasukkan berus gigi ke dalam mulut)
  • Membantu memakai baju sendiri dengan memasukkan tangan di tempat lengan baju
  • Membantu memakai seluar sendiri dengan memasukkan kaki dalam tempat seluar

Usia 3-4 tahun

  • Boleh suap guna sudu garfu
  • Selesa suap pelbagai tekstur makanan ke mulut
  • Boleh pakai semua jenis tekstur kain, jenis jahitan atau tag pakaian.
  • Boleh suap makanan ke mulut guna jari walaupun ada yang tertumpah

Usia 4-5 tahun

  • Dah boleh ke tandas sendiri (bebas pampers)
  • Bantu hidang makanan
  • Bantu kutip sampah atas lantai
  • Bantu letak cawan dalam singki

Bukan senang nak bagi,

Anak nak masak sekali,

Anak nak makan sendiri,

Anak nak tolong basuh baju,

Anak nak tolong tuang air,

Anak nak pakai baju sendiri.

Rugi tak manfaatkan usia kecil untuk belajar urus diri. Bermula dengan ibu ayah ajar urus diri, ajar buat kerja rumah bersama-sama.

Baca juga: Hairan Mata Anak Kerap Berkedip & Tak Terkawal, Rupanya Kena Gangguan Ini!

Kebaikan ajar anak urus diri

cara didik anak urus diri

Gambar: freepik

Ajar urus diri ini akan buat anak:

  1. Belajar untuk sabar dan fokus.
  2. Senang untuk berdikari di tadika dan sekolah.
  3. Asah banyak kemahiran motor halus dan motor kasar.
  4. Asah kemahiran berfikir.
  5. Asah kemahiran menyelesaikan masalah.

6 tahun pertama anak-anak, antara kemahiran yang perlu diberi fokus oleh ibu ayah adalah kemahiran urus diri. Dari bangun pagi hingga tidur. Latih sikit demi sedikit, supaya mereka boleh siapkan diri sendiri.

Bukan sekadar kenal ABC, 123 atau perkara berkaitan akademik.

Jika anak ada ketahanan diri, Insya Allah, anak boleh survive di mana-mana sahaja. Jika anak boleh urus diri, Insya Allah, walaupun kita tiada sekejap, anak tahu apa nak buat.

Saya ada terbaca, tugas ibu bapa bukan melindungi anak-anak daripada cabaran, kesusahan dan rintangan. Tugas ibu bapa adalah, menyediakan jiwa anak-anak untuk menghadapi cabaran dan rintangan kehidupan.

Itu cara sebenar kita melindungi mereka sepanjang kehidupan mereka. Ianya bermula dengan membiarkan mereka melakukan perkara dengan kudrat sendiri. Nak anak tahan lasak dan resilient, bimbing anak urus diri dan berdikari.

Jangan tunggu dan lihat. Bila semakin membesar, semakin sukar untuk disemai.

Antara tugasan rumah yang boleh dilakukan anak pada usia 2 tahun hingga remaja:

cara didik anak urus diri

Sumber gambar: Wan Nur Syakira

Baca juga: Ini 13 Kisah Nabi Muhammad SAW Boleh Buat ‘Bedtime Story’, Anak Pasti Seronok!

Sumber: Wan Nur Syakira

FT Image: buraratn

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×