Mungkin tidak ramai sebenarnya, dalam kalangan ibu bapa yang mempunyai kemahiran memberi arahan yang betul kepada anak-anak sehingga mereka mahu mengikuti permintaan anda. Disebabkan itu, ibu bapa perlu tahu tentang tips anak mendengar kata.
Bukanlah mahu menjadikan anak-anak sebagai ‘pak turut’ tetapi ia lebih untuk mendisiplinkan mereka. Jangan terkejut sekiranya selepas ini anak anda sudah mahu mendengar kata selepas mengamalkan tips di bawah ini dari Puan Wawa Shauqi.
Baca juga: Anak Meraung & Berguling Di Tempat Awam, Relaks Ibu Ayah, Cuba 6 Langkah Ini Dahulu!
TIPS ANAK MENDENGAR KATA, IKUTI 8 TIPS INI

Gambar hiasan: TetraImages – GettyImages.
“Macam mana awak buat anak dengar cakap awak tanpa perlu melaung eh?” saya tanya suami sambil buat jelingan jealous.
“Kenapa nak melaung? Mak dengan abah saya tak pernah melaung nak suruh anak-anak dia.” Betul juga kata suami. Kita ni bukan tarzan duduk dalam hutan nak melaung-laung selalu. Buat penat je.
SEBAB KENAPA ANAK JADI MENDENGAR KATA SI AYAH
Tapi, kalau dia menyuruh anak tu, lagi mudah anak ikut. Antara sebab yang saya perhati adalah:
1. ANAK LEBIH MENGENALI SIKAP IBU BAPA
Anak lebih masak dengan mak sebab dah lali dengar mak bagi arahan. Boundary kesabaran mak pun dia dah faham takat mana.
2. DAPATKAN PERHATIAN ANAK TERLEBIH DAHULU
Suami bila cakap dengan anak, dia dapatkan attention anak dulu. Kalau anak tengah ralit buat sesuatu, anak akan diberi masa 5 minit selesaikan. Lepas itu, panggil anak datang dekat muka dan cakap.
3. BERBISIK SEBAGAI ‘TRICK’
Bisik. Bercakap bisik-bisik ni antara trik yang menjadi untuk pancing tumpuan anak.
4. BUAT RANTAIAN HUBUNGAN UNTUK DAPAT KERJASAMA ANAK
Create connection. With connection, comes co-operation. Padanlah suami akan bahagi tugas atau arahan lepas main kad, atau main teka teki, atau main osom bersama anak.
Rupanya, itulah cara dia membodek. Tak dinafikan, he’s really do a good job bringing fun and playfulness when asking for our kids’ co-operation.
TIPS ANAK MENDENGAR KATA
1. MATA BERTEMU MATA
Pastikan ketika bercakap dengan anak, anda merendahkan badan untuk mata anda bertatapan dengan mata anak.

Gambar: Healthiest Baby.
2. FAHAMI EMOSI ANAK
Fahami emosi dan mengakui perasaan anak-anak seperti sedang marah atau menangis. Jangan abaikan perasaan anak begitu sahaja.

Gambar: Healthiest Baby.
3. JANGAN MENGHERDIK
Mengherdik atau menjerit marah akan menyebabkan emosi anak tiba-tiba berhenti yang membuatkan emosi mereka tidak dilepaskan sepuasnya.

Gambar: Healthiest Baby.
4. JANGAN MEMBEBEL
Lebih baik teguran itu padat, pendek dan ringkas.

Gambar: Healthiest Baby.
5. BERI KESERONOKAN
Beri arahan dalam bentuk keseronokan dan kreatif ketika bercakap dengan anak-anak. Ia akan menarik perhatian mereka.

Gambar: Healthiest Baby.
6. BERBISIK
Kanak-kanak tidak akan menyangkakan anda memberi arahan dalam bentuk berbisik. Ia adalah cara yang unik untuk mendapatkan perhatian mereka.

Gambar: Healthiest Baby.
7. BERI PILIHAN
Beri anak pilihan ketika memberikan arahan. Ia akan membuat anak berasa pilihan dirinya dipertimbangkan.

Gambar: Healthiest Baby.
8. KEKAL TENANG
Anda juga manusia biasa akan berasa marah, namun cuba kekalkan ketenangan itu.

Gambar: Healthiest Baby.
“FORCE CREATE RESISTANCE” – ENGINEERING
Suami pernah cakap, “Force create resistance.” Benda ni belajar dalam engineering. Tapi boleh digunapakai dalam parenting juga.
Kalau kita paksa atau bagi arahan, anak akan rasa diri dikawal. Anak takkan suka buat sesuatu bila rasa dirinya dikawal.
Sebaliknya, kalau kita guna cara yang lebih mesra dan ‘mengajak’, lagi senang rupanya anak nak mengikut cakap.
Sumber: Facebook Wawa Shauqi