Asuh

[VIDEO] Tanda-Tanda Amaran Bayi Perlukan Rawatan Segera Bila Bernafas Laju!

18
SHARES

Jangan ambil mudah bila anak-anak anda bernafas laju di mana kadar pernafasan mereka melebihi kadar pernafasan normal. Perhatikan bahagian tepi dada dan tulung rusuk anak, adakah ototnya timbul tenggelam seperti dalam video di bawah.

Adakah nafas anak bergerak laju seperti menggunakan banyak tenaga yang sepatutnya pernafasan secara normal adalah sangat lembu dan relaks sebagaimana penerangan yang dikongsikan di laman rasmi Facebook Klinik Kesihatan Meru, Klang.

Baca juga: Bayi Usia 42 Hari Pucat & Kekuningan Selepas Ibu Rawat Radang Kulit Guna Inai

TANDA-TANDA AMARAN BAYI PERLUKAN RAWATAN SEGERA BILA BERNAFAS LAJU!

Anak saya nafas laju ker ni? Nak pergi mana ni? Kecemasan kat hospital ker atau klinik kesihatan dulu?

Kami dapati masih lagi ramai yang tak berapa clear berkenaan konsep ini. Baru baru ini, kami terima seorang ibu yang membawa anaknya yang berumur 1 tahun lebih dalam keadaan lembik, hampir-hampir tak sedarkan diri pada pukul 10 pagi.

Padahal anak tu dah semput sejak pukul 4 pagi lagi!

Dalam masa nak revive adik tu, terpikir la dalam hati; Kenapa ibu ini menunggu jugak untuk klinik kesihatan buka, baru dapat bantuan kecemasan kat sini?!?! Sepatutnya dah terus pergi ke hospital pukul 4 pagi tu.

Case tu clear cut sikit. Confirm terus ke hospital. Akan tetapi kadang kala, ada keadaan yang ibu bapa tak berapa pasti.

TANDA-TANDA AMARAN, ANAK PERLU RAWATAN SEGERA!

Harap-harap post ini dapat terangkan sikit macam mana nak kenal pasti tanda-tanda amaran. Jika anak anda mempunyai tanda-tanda sesak nafas ini, anda boleh terus ke kecemasan untuk mendapatkan rawatan SEGERA.

NAFAS LAJU

Macam mana nak tahu ni laju ke tak?

1. KADAR PERNAFASAN MELEBIHI NORMAL

Apa yang normal? Kadar normal ikut umur pesakit tu.

NORMAL

  • < 2 bulan : <60/MINIT
  • 2 bulan hingga 1 tahun: <50/MINIT
  • 1 tahun hingga 5tahun: <40/MINIT

2. RECESSIONS

Bila anak bernafas, tengok bahagian tepi dada dan perhatikan tulung rusuk.

Jika nampak ototnya timbul tenggelam macam di video yang kami share, itu petanda amaran respiratory distress.

3. NASAL FLARING

Tanda ini boleh dilihat kebanyakannya pada bayi yang sesak nafas. Pernafasan biasa adalah sangat lembut, relaks, dan tidak nampak macam menggunakan banyak tenaga.

Gambar hiasan: HelloSehat.

Kalau anak anda mempunyai salah satu pun tanda seperti di atas, anak anda kemungkinan menghidapi kesesakan nafas dan perlu diperiksa oleh doktor secara segera.

Kalau anak menghidapi asma, tanda-tanda seperti di atas bermakna anak anda perlu guna inhaler (ventolin) segera, dan kalau tidak lega selepas 3 kali guna, anda boleh ke klinik kesihatan berdekatan dahulu untuk mengambil nebulizer.

Akan tetapi, kalau luar ‘office hours’, anda boleh ke kecemasan terus.

SENARAI PENYAKIT BOLEH MENYEBABKAN ‘RESPIRATORY DISTRESS’ KANAK-KANAK

Penyakit yang boleh menyebabkan ‘respiratory distress’ pada kanak-kanak:

  • Pneumonia
  • Bronchiolitis
  • Asthma
  • Croup

Share the knowledge, be safe parents.

VIDEO PENUH:

Sumber: Facebook Klinik Kesihatan Meru Klang

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×