Asuh

Jangan Ambil Mudah Bila Anak Demam, Rupanya Itu SIMPTOM Influenza!

7
SHARES
simptom influenza

Kebelakangan ini wabak influenza semakin meningkat terutama dalam kalangan kanak-kanak yang pulang dari sekolah. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu peka perihal tanda-tanda amaran berkenaan simptom influenza yang berkemungkinan dihadapi si kecil.

Melalui portal MyHealth, penyakit ini disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti salur pernafasan dan boleh menyebabkan gejala jangkitan yang ringan mahupun serius. Di mana, wabak bermusim ini hanya menyebabkan demam selesema (flu) yang ringan pada orang biasa tetapi boleh menyebabkan jangkitan yang teruk kepada kumpulan berisiko tinggi seperti kanak-kanak.

Justeru itu, mari ikuti perkongsian dari Doktor Luqman berkenaan tiga cara mudah memantau simptom demam yang berkemungkinan adalah influenza seperti di bawah.

Baca juga: Bayi Perempuan 22 Bulan Disyaki Positif Dadah, Ini Risiko Anak Terdedah ‘Najis’ Ini!

SIMPTOM INFLUENZA

simptom influenza

Gambar: xiaoxin520

Melalui perkongsian dari Dr. Luqman di laman Tiktok, sekiranya ibu bapa mendapati anak-anak anda mengalami gejala demam setelah balik dari sekolah, anda harus memantau beberapa simptom yang berkemungkinan influenza.

Antara tiga cara mudah untuk memantau simptom anak yang berkemungkinan menghadapi influenza adalah seperti berikut:

1. Suhu demam melebihi 38 darjah celsius

Jika suhu badan anak anda berterusan mencecah 39 hingga 40 darjah celsius setiap 4 jam selepas diberi ubat,  sebaiknya dibawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

2. Periksa kadar pernafasan

Selain itu, Dr. Luqman mencadangkan agar ibu bapa memeriksa kadar pernafasan anak. Berikut merupakan kadar pernafasan tidak normal kanak-kanak untuk rujukan:

  • 2 bulan ke bawah: lebih 60/min
  • 1 tahun ke bawah: lebih 50/min
  • 5 tahun ke bawah: lebih 40/min

Beliau menjelaskan, sekiranya pernafasan kanak-kanak melebihi kadar di atas ia menandakan pernafasan mereka bergerak terlalu laju dan tidak normal. Ibu bapa boleh memeriksa turun naik dada anak anda dengan menggunakan jam.

3. Tahap kecergasan anak

Kebiasaannya, kanak-kanak sihat sentiasa dalam keadaan cergas, manakala apabila demam anak menjadi lemah dan layu.

Andai demam anak masih tidak kebah dan berterusan tidak aktif ia merupakan sebahagian tanda amaran. Biarpun begitu, sekiranya anak tidak demam tetapi menunjukkan tanda-tanda amaran seperti tidak mahu bercakap, tidak aktif dan lemah serta tidak mahu makan, sebaiknya dibawa berjumpa doktor.

PEMERIKSAAN INFLUENZA YANG DIJALANKAN

Menurut Doktor Luqman, kanak-kanak yang mempunyai tanda di atas apabila dibawa ke klinik mereka akan menjalani ujian 3 in 1 seperti berikut:

  1. Influenza A/B
  2. Adenovirus
  3. RSV virus

Sekiranya, keputusan ujian mendapati anak anda positif influenza, pasukan perubatan akan segera mengambil langkah yang seterusnya untuk merawat penyakit ini.

Baca juga: Tips Bagi Ubat Kepada Anak & Penggunaan Yang Betul, Baru Selamat Tak Tersedak!

Sumber: drluqmanpccsa/ myhealth

FT Image: sorapop

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×