Asuh

Bayi Perempuan 22 Bulan Disyaki Positif Dadah, Ini Risiko Anak Terdedah ‘Najis’ Ini!

12
SHARES
Risiko penyalahgunaan dadah

Risiko penyalahgunaan dadah memberikan impak buruk kepada sesiapa sahaja tidak kira peringkat umur, terutamanya golongan muda seperti bayi, kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar. Sebagaimana laporan media yang dikeluarkan, berkenaan bayi perempuan yang disyaki positif dadah-dadah baru-baru ini.

Ikuti butirannya di bawah!

Baca juga: Tips Bagi Ubat Kepada Anak & Penggunaan Yang Betul, Baru Selamat Tak Tersedak!

RISIKO PENYALAHGUNAAN DADAH

Risiko penyalahgunaan dadah

sekadar gambar hiasan

Seorang bayi perempuan berusia 22 bulan dikejarkan ke Hospital Taiping, pada Selasa selepas disyaki positif dadah. Laporan yang diterima daripada pihak hospital mendapati, mangsa positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine, ujar Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid.

Berita yang dipetik dari portal Sinar ini memberitahu, mangsa telah menunjukkan tingkah laku yang tidak terkawal sewaktu mahu tidur sebelum ibunya segera bawa mangsa ke hospital, yang pada ketika itu kejadian berlaku di rumah nenek mangsa.

“Mangsa dikatakan dihantar ke rumah nenek di Changkat Jering kerana ibunya mahu membeli barang keperluan di kedai runcit berhampiran. Ketika mahu tidur, mangsa menangis dan menunjukkan tingkah laku yang tidak terkawal menyebabkan ibunya membawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut,” ulas Razlam dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Menurut Razlam, polis telah membuat tangkapan ke atas ibu mangsa, seorang suri rumah berusia 22 tahun. Di mana, ujian saringan awal mendapati wanita itu turut positif dadah jenis methamphetamine, selain mempunyai rekod lampau dalam kes dadah.

Difahamkan, kanak-kanak itu dilaporkan dalam keadaan stabil dan masih dirawat di hospital. Malah, Razlam berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Permohonan reman akan dibuat. Mangsa kini dilaporkan dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di hospital berkenaan,” katanya.

Baca juga: “Ketagih Lebih Teruk Dari Ambil Dadah”- Ini 5 Sebab Kenapa Jangan Ajar Anak Minum Minuman Tak Sihat

Risiko bayi, kanak-kanak atau remaja terdedah dengan dadah

Risiko penyalahgunaan dadah

Gambar hiasan: shutterstock

Penyalahgunaan dadah memberikan kesan tidak baik kepada sesiapa sahaja. Namun, kesan ke atas bayi, kanak-kanak atau remaja amatlah besar risikonya kerana tubuh badan yang masih kecil.

Melalui portal Medline Plus, otak kanak-kanak semakin berkembang dan berkembang sehingga mereka berusia pertengahan 20-an. Ini terutamanya, pada korteks prefrontal yang digunakan untuk membuat keputusan.

Selain itu, pendedahan dadah semasa muda boleh menyebabkan:

  1. Mengganggu proses perkembangan yang berlaku di dalam otak.
  2. Sukar membuat keputusan dalam memilih tindakan atau pilihan terbaik.
  3. Lebih cenderung melakukan perkara yang berisiko.

Lantaran itu, semakin awal golongan muda terdedah dengan dadah, semakin besar peluang mereka untuk terus menggunakannya dan menjadi ketagih di kemudian hari. Malah, golongan ini juga boleh menyumbang kepada perkembangan masalah kesihatan orang dewasa, seperti:

  • penyakit jantung
  • tekanan darah tinggi
  • gangguan tidur

Kesimpulan

Natijahnya, penyalahgunaan dadah boleh memberi pelbagai risiko kepada manusia, terutamanya golongan muda seperti bayi, kanak-kanak dan remaja. Jauhkan diri anda, keluarga dan anak-anak dari dadah kerana ia boleh membinasakan kehidupan.

Walau bagaimanapun, penggunaan dadah dibolehkan dan dianggap sah apabila ia ditetapkan oleh doktor, di bawah pemantauan dan digunakan untuk merawat masalah kesihatan.

Baca juga: Jangan Panik! Ini Langkah Awal Ibu Bapa Boleh Buat Bila Anak Sawan Demam

Sumber: Sinar / Medline Plus

FT Image hiasan: O.A.R.C.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×