Rumah

Cara Tanam Kobis Bunga & Brokoli Dalam Polybag, Lepas 3-4 Bulan Dapat Hasilnya

26
SHARES
cara tanam kobis bunga brokoli

Mungkin ada yang minat tapi tak tahu cara tanam kobis bunga dan brokoli ni dengan betul.

Ada yang dah pernah tanam tapi tak hidup, tak kurang juga yang tak menjadi.

Apa kata kita tengok perkongsian panduan tanam kobis bunga dan brokoli oleh Nur Zaliana yang lengkap dan mudah ini.

Cara Tanam Kobis Bunga & Brokoli Dalam Polybag

Hi… Assalamualaikum semua saya nk share cara saya tanam Kobis Bunga (Cauliflower) dan Brokoli.

Nak kata bijak pandai tu tidak lah cuma saya nak kongsi kan apa yang saya tahu serba sedikit tentang cara tanam kobis bunga dan brokoli.

1. Menyediakan Medium

Penyediaan tanah semaian menggunakan tanah cocopeat ataupun peatmoss.

Basahkan medium terlebih dahulu sebelum menabur benih.

cara tanam kobis bunga brokoli

Campuran tanah baja buat sendiri saya sertakan resepinya sekali.

  • 2 guni tinja ayam yang setiap guni berisi 25-30 kg
  • 3 kereta tolak tanah bakar
  • 2Kg kaptan Dolomite
  • 1guni Cocopeat 50kg
  • kompos anggaran 10kg

Gaul sebati biar 2 minggu, kemudian saya masukkan dalam polybag bersaiz 16×16 inci.

Boleh dapat 29 polybag semuanya.

2. Menyemai Biji Benih

Tabur biji benih dalam tray semaian, 1 biji benih dalam satu petak semaian.

Tunggu sehingga benih bercambah dalam jangkamasa 12-15 hari selepas semai (HSS).

Tray semaian hendaklah diletakkan di tempat teduh dari hujan tetapi masih dapat cahaya matahari.

Baca juga: Mudahnya Cara Tanam Pokok Lidah Jin (Sansevieria). Semai Guna Daun Je!

cara tanam kobis bunga brokoli

3. Memindahkan Anak Semaian

Setelah semaian mengeluarkan 3-4 helai daun baru pindahkan ke pasu besar atau polibeg 16×16 yang bersesuaian.

1 anak pokok 1 pasu.

Medium yang digunakan adalah campuran tanah baja / sawit / 5in1.

cara tanam sayur kobis

4. Pencahayaan Matahari

Anak semaian yang baru pindah jangan terus dedahkan pada matahari selama 1 minggu.

Selepas seminggu baru perlahan-lahan sedikit demi sedikit dedahkannya pada cahaya matahari.

Anak pokok kobis bunga dan brokoli memerlukan cahaya matahari sekurang-kurangnya 5-6 jam sehari untuk membesar.

Kaedah green house sangat sesuai untuk tanaman.

cara tanam sayur kobis

5. Menyiram

Pokok kobis memerlukan banyak air, siram kobis sekurang-kurangnya 2-3 hari sekali bergantung kelembapan medium.

Kaedah siraman Manual, fertigasi, pasu nutripot.

cara tanam kobis bunga brokoli

6. Membaja

Penggunaan baja mempengaruhi tumbesaran pokok. Dengan kata lain kobis bunga, brokoli, dan kobis memang kuat makan baja.

Baja kompos tinja ayam ,jenis butir,cecair atau baja larut air pun boleh sesuai digunakan untuk menambah nutrien kepada medium tanaman.

cara tanam sayur kobis

7. Kawalan Serangga

Aphid, ulat pengorek batang dan looper adalah musuh utama.

Gunakan pesticide organik seperti cuka kayu, neem oil etc seminggu sekali untuk mencegah musuh merosakkan tanaman.

Baca juga: DIY Racun Ulat Daun & Bena Putih Guna Sabun Pinggan Je. Jimat & Berkesan, Pokok Makin Sihat

cara tanam pokok kobis

8. Masa Menuai

Kobis bunga dan brokoli boleh dituai sekitar 3-4 bulan selepas di tanam.

Mudahnya Cara Tanam Kobis Bunga & Brokoli. Bolehlah Cuba Sendiri Nanti Kan?

Selamat mencuba!

*Cara tanam kobis bunga dan brokoli ini dikongsikan oleh Nur Zaliana menerusi Group Facebook Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila rujuk posting asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×