Deko & Hias

Mudahnya Cara Tanam Pokok Lidah Jin (Sansevieria). Semai Guna Daun Je!

11
SHARES
Cara tanam pokok lidah jin

Sejak PKP tempoh hari, pokok hiasan dalaman rumah memang semakin mendapat perhatian.

Salah satu daripada pokok yang paling popular dan viral di media sosial adalah pokok snake plant aka Sansevieria ataupun lebih dikenali dengan panggilan pokok Lidah Mertua atau Lidah Jin.

Katanya bagus bubuh dalam rumah, serap habuk dan sebagainya.

Tambahan pula pokok itu juga kelihatan sangat cantik dan kemas apabila dijadikan perhiasan dalam rumah.

Masa permintaan meningkat, harga pokok ini pun sama melonjak tinggi.

Sebenarnya pokok ini sangat mudah dibiakkan tau.

Jom kita tengok cara tanam pokok lidah jin yang dikongsikan oleh Puan Yuziyana Yusop ini.

Senang sangat nak semai, guna daun je!

Cara Tanam Pokok Lidah Jin Guna Daun, Mudah Sangat

Kalau terjumpa pokok Sansevieria aka Pokok Lidah Jin aka Pokok Snake Plant yang berkenan dekat rumah Jiran atau kawan dan teringin nak minta, minta daun dia je pun jadilah.

Bawa balik terus semai. Insyaallah hidup.

Pokok saya ni dari sehelai daun. Keluar 2 anak.

Saya try semai menumpang pasu aloevera.

Dah nampak keluar anak, korek dan pindahkan.

cara tanam pokok lidah jin

Saya semai sekitar awal bulan 6 baru-baru ini.

(Posting ini ditulis pada 7 September 2020).

Dari sehelai daun boleh juga kerat-kerat jadi banyak. Contohnya macam dalam gambar di bawah ni.

(*Kredit gambar Freanceliantynie Lians)

cara tanam pokok lidah jin

Tapi nasib juga… Ada yang mati kering tak berakar.

Biasanya dalam 10 helai yang kita tanam tu, 1 – 2 helai akan kering.

Jadi, kebarangkalian nak bertunas tu tinggi juga sebenarnya.

Seeloknya letak di tempat redup masa disemai tu ya.

Kalau letak di tempat panas, mungkin daunnya boleh berubah warna.

Mudah Dijaga, Senang Hidup

Cara yang sama juga kalau nak biakkan lagi pokok yang makin membesar dan pasu yang makin penuh.

Pokok lidah jin ni memang senang sangat hidup.

Saya suka jenis dwarf. Tak minat yang panjang kecuali jenis koleksi rare atau yang tak ramai tanam.

Jadi kalau ada terjumpa pokok ni dan berkenan, bolehlah minta daunnya untuk dibiakkan.

Insha Allah akan hidup.

Selamat mencuba!

[Baca juga:  ‘Simpulkan Batang Bagi Kukuh’, Ini Cara Tanam Pudina Paling Mudah & Menjadi]

 

*Cara tanam pokok lidah jin ini dikongsikan oleh Puan Yuziyana Yusop melalui Facebook Group Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk posting asal beliau di melalui pautan INI.

https://www.facebook.com/groups/jomtanamsendiri/permalink/2179119542218226/

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×