Dapur

‘Simpulkan Batang Bagi Kukuh’, Ini Cara Tanam Pudina Paling Menjadi & Cepat Hidup

2K
SHARES
cara tanam pudina

“Katanya nak tanam pudina cuma cucuk ke tanah je. Tapi aku buat asyik layu… Lepas tu tak hidup pun. Macam mana cara tanam pudina yang betul sebenarnya ye?”

Musim-musim orang makin rajin menanam pokok dan berkebun ni, mesti ada je teknik-teknik tertentu yang dikongsikan untuk membantu tanaman lebih menjadi kan?

Ini salah satu posting menarik tentang cara tanam pudina yang dikongsikan melalui Facebook oleh Rina Kefele melalui Group Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri.

Memang menarik sebab menurut beliau dengan teknik cara tanam pudina ini, pokok pudina lebih kukuh dan cepat hidup.

Jom kita tengok perkongsian beliau sepenuhnya di bawah ini.

Cara Tanam Pudina Paling Menjadi & Cepat Hidup

Macam-macam teknik dan cara tanam pudina saya cuba, dan bagi saya inilah teknik yang paling menjadi.

Memang pokok pudina tu tak layu langsung.

Tapi kalau kawan-kawan buat jadi layu janganlah salahkan saya pulak ye…

Saya sekadar berkongsi pengalaman. Teknik ini saya ambil dari group Facebook ni juga, sebelum ni dia guna cara ni untuk tanam pokok sireh.

Bagi saya, dengan teknik ni pokok pudina lebih kukuh dah cepat hidup.

Jadi saya pun nak kongsikan dan tunjukkan gambarnya satu persatu di bawah ini.

Semoga bermanfaat!

1. Ambil Pucuk / Batang Pudina

Saya petik dari pokok pudina dan ambil yang hujung-hujung dah berjurai.

2. Sediakan Tanah

Kemudian sediakan bekas dan tanah.

Saya guna tanah hitam je.

3. Simpulkan

Buang daun-daun yang bawah tu sikit dan simpulkan macam dalam gambar ni.

Cara tanam pudina

Buatlah beberapa banyak yang kita nak.

Cara tanam pudina

4. Tanam

Tanam macam dalam gambar di bawah ni.

Masuk dan timbus tanah je.

Teknik ni akan buat pokok pudina tu jadi kukuh. Kalau disiram nanti taklah dia mudah lari.

cara tanam pudina

5. Simpan Tempat Redup

Bila dah siap tanam, simpan tempat redup.

Yang di bawah ni saya tanam dah seminggu dah.

Langsung tak layu.

Dekat bawah tu ada takungan air. Saya tutup dengan kain sebab takut ada jentik-jentik.

Hasil Selepas 2 Bulan

Ini hasilnya lepas 2 bulan… Alhamdulillah dah merimbun.

Mudah kan?

Cara ini juga boleh digunakan untuk tanam sirih.

Insha Allah cepat hidup dan menjadi tanamannya.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat buat kita semua.

[ Baca juga : “Rendam Batang, Lepas Tu Cucuk Je”, Ini Cara Tanam Kangkung Dalam Pasu Yang Sangat Mudah. Lepas 4 Minggu Boleh Tuai ]

[ Baca juga : Bungkus Dengan Tisu Lembab, Ini Cara Tanam Kunyit Dan Halia Yang Mudah & Cepat! ]

*Cara tanam pudina ini dikongsikan oleh Rina Kefele menerusi Group Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri diFacebook. Untuk sebarang pertanyaan sila rujuk posting asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×