Rumah

“Rendam Batang, Lepas Tu Cucuk Je”, Ini Cara Tanam Kangkung Dalam Pasu Yang Sangat Mudah. Lepas 4 Minggu Boleh Tuai

2K
SHARES
Cara tanam kangkung

Wah, rupanya cara tanam kangkung ni mudah sangat dan semua orang boleh tanam dekat rumah!

Patutlah ramai yang suka tanam kangkung ni sebab ia juga mudah dijaga, cepat membesar dan tak perlukan perhatian khusus. Lepas 2-4 minggu dah boleh nampak hasilnya.

[Baca juga : Bungkus Dengan Tisu Lembab, Ini Cara Tanam Kunyit & Halia Yang Mudah & Cepat]

Jadi, apa kata kita tengok dan pelajari cara tanam kangkung yang ditunjukkan oleh Puan Fatimah Naamat ini.

2 Cara Tanam Kangkung Dalam Air Bertakung & Tanah

Sayur ni kami panggil Kangkung Paya atau kangkung kampung.

Kangkung ni tumbuh liar dekat paya atau mana-mana dalam hutan.

Selalunya orang kat pasar tani dijual seikat RM2.

Walaupun murah, tapi dek kerana asyik beli je tiap minggu (sebab sayur favourite atuk) saya cubalah tanam.

Hasilnya dapatlah jimat lah beberapa ringgit seminggu. Tapi kalau setahun banyak jugalah jadinya kan?

Lagipun tak payah tunggu pasar tani dah.

Anytime nak makan pun boleh petik. Setakat nak goreng mihun ambil sikit dah okay sangat.

Jadi di sini saya nak kongsikan cara tanam kangkung yang mudah.

Ada 2 jenis macam dalam gambar. Kedua-dua cara tanam kangkung ni pun senang.

Cara tanam kangkung

1. Ambil Pucuk & Batang Kangkung

Masa beli kangkung dekat pasar tu, sila ambil daun buat goreng sayur.

Tinggalkan pucuk kat atas sekali dan batang dia.

Kalau ada pucuk, pokok kangkung akan cepat tumbuh.

Tapi kalau terpotong pucuknya pun tak apa sebab masih boleh ditanam dan ia akan hidup juga.

Cara tanam kangkung

2. Rendam

Rendamkan kejap dalam 2/3 hari untuk bagi akarnya keluar.

Kadang-kadang saya rendam sampai seminggu sebab tak sempat nak menanam.

Kahkah.

3. Tanam

i) Tanam Dekat Tanah

Boleh tanam dalam campuran tanah. Tim suka campuran tanah 1:1:1. Pasir : Tanah Merah : Kompos.

Atau kalau tak ada pasir pun tak apa sebab kangkung nak air banyak.

ii) Tanam Dalam Air Bertakung

Boleh juga tanam dalam air bertakung.

Saya bubuh tanah ikut nisbah macam cara di atas cuma tak tebuk lubang.

Jadi bila tak ada lubang, airnya akan bertakung dan kelebihannya ialah kita tak perlu siram selalu.

Cara ni sesuai untuk yang selalu sibuk.

Tapi kena pastikan tak ada nyamuk yang bersarang dalam takungan air tu ya.

Kiranya saya ada sepasu kangkung yang ada lubang dan ada sepasu lagi yang tak ada lubang.

Cuma saya rasa pasu yang ada lubang pokok dia lebih cepat gemuk berbanding pasu yang bertakung air.

4. Biarkan Di Tempat Redup

Tanam di tempat redup untuk 2 minggu.

Kemudian pindahkan ke tempat panas .

Tengok daun dia lecur ke tak bila kena panas.

Kalau macam layu atau lecur, pindah balik tempat redup.

5. Dah Boleh Tuai Lepas 4 Minggu

Boleh dah tuai lepas 4 minggu.

Kemudian tuai lagi lepas 2 minggu.

Atau tuai bila-bila nak masak.

Batang pucuk yang dipotong tu boleh ditanam semula.

Cara tanam kangkung

Kalau nak sentiasa banyak stok, tanamlah banyak-banyak.

Saya pun nak tanam lagi beberapa pasu supaya stok sentiasa banyak.

Mudah kan?

[Baca juga : Elak Diserang Ulat, Ini Tips Bayam Brazil Sihat Merimbun!]

Lepas ni bolehlah kita tanam kangkung sama-sama dekat rumah ya.

Selamat mencuba.

*Cara tanam kangkung dalam air bertakung dan pasu ini dikongsikan oleh Puan Fatimah Naamat menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, rujuk posting asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×