Dapur

Bungkus Dengan Tisu Lembab, Ini Cara Tanam Kunyit Dan Halia Yang Mudah & Cepat!

15.3K
SHARES
Cara tanam pokok kunyit

Menjelang Hari Raya yang lepas baru-baru ni, ramai yang mengadu susah betul nak dapat daun kunyit…

Nak beli pun boleh tahan mahal pula harganya.

Jadi apa kata kita cuba cara tanam kunyit sendiri dekat rumah? Cara ini juga boleh digunakan untuk tanam halia.

Untung-untung sempatlah guna untuk Hari Raya Haji nanti kan.

Sebelum itu, berikut adalah sedikit info ringkas tentang kunyit di bawah ini.

Info Ringkas Tentang Kunyit (Turmeric)

Kunyit merupakan bahan penting dalam masakan iaitu sebagai rempah bagi menyedapkan dan memberi warna yang lebih terang kepada sesuatu masakan seperti rendang dan ayam percik.

Menurut MARDI, terdapat 4 jenis variasi kunyit yang hidup subur di kawasan beriklim iaitu kunyit kuning, kunyit hitam, kunyit putih dan kunyit merah. Setiap jenis kunyit ini mempunyai tempoh matang yang berbeza beza di antara 190 hari hingga 285 hari.

Kunyit terbahagi kepada 2 bahagian iaitu daun dan isi kunyit (rizom). Kedua-dua bahagian ini boleh digunakan untuk masakan.

Isi kunyit ini biasanya berwarna kuning bergantung kepada variasi.

Selain menjadi penyedap rasa, kunyit juga mempunyai sejenis kompaun ‘curcumin’ yang kaya antioksidan dan bersifat anti-keradangan; menjadikannya sangat popular dalam amalan tradisional dan petua-petua kesihatan.

Jom tengok cara tanam kunyit yang sangat mudah dan cepat yang telah dikongsikan oleh Nor Robiah AbdRahman ini.

Cara Tanam Kunyit Yang Mudah & Cepat

Setelah menelaah beberapa artikel dan ilmu di internet, ada banyak cara tanam kunyit sebenarnya.

Tapi ini cara yang saya gunakan.

  1. Beli kunyit hidup di kedai.
  2. Potong rizom (ubi) kepada 1-2 inci. Pastikan ada mata untuk tunas pokok.
  3. Bungkuskan di dalam tisu basah dan masukkan ke kadalam bekas bertutup.
  4. Masukkan hirisan bawang besar sekali bagi mempercepatkan pertumbuhan tunas.
  5. Sentiasa pastikan tisu dalam keadaan lembab.
  6. Apabila rizom sudah ada tunas, boleh ditanam di atas tanah / pasu.
  7. Pastikan pokok mendapat air dan baja yang mencukupi.

Cara tanam kunyit

InsyaAllah, dengan langkah ini kunyit akan membesar dengan jayanya.

Cara yang sama ini juga boleh digunakan untuk menanam halia.

Cara tanam kunyit

Memandangkan daun kunyit dah mahal sekarang ni, rasanya boleh la kita tanam sendiri di rumah masing-masing.

Mudah je kan?

*Cara tanam kunyit ini dikongsikan oleh Nor Robiah AbdRahman melalui Facebook. Sebarang pertanyaan, perbincangan dan maklumat lanjut boleh diajukan terus melalui posting asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×