Dapur

Resepi Ayam Percik Rice Cooker Yang Mudah, Cepat & Lazat

0
reads

Sesekali teringin juga nak makan ayam percik, kan? Tapi selalunya kena tunggu hari pasar malam baru dapat beli. Kalau ter’missed’, kenalah tunggu minggu depannya pula.

Apa kata cuba buat sendiri ayam percik di rumah. Senang saja nak membuatnya, lebih-lebih lagi kalau guna rice cooker. Tak risau ayam terhangus di luar atau tak masak di dalam. Ini resepi olahan Puan Zyan Raef yang mesti anda cuba!

Resepi Ayam Percik Rice Cooker Yang Mudah, Cepat & Lazat

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan Perap

  • Ayam
  • *3 ulas bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *1 inci halia
  • *2 batang serai
  • 2 sudu madu
  • Garam secukupnya

Bahan Kuah

  • 1 pek santan pekat
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 inci kunyit
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai
  • 5 tangkai cili kering ( kalau nak pedas boleh tambah lagi)
  • Garam secukupnya
  • Gula – kena ada rasa manis
  • 1 -2 keping asam keping – letak sekejap dan dikeluarkan takut terlebih masam

Cara-cara

1. Kisar Bahan Perap

Kisar semua bahan bertanda * sampai halus dan perap ayam sekurang-kurangnya 30 minit.

2. Masak Ayam Dalam Rice Cooker

Saya masak ayam perap dalam rice cooker. Tekan saja suis macam masak nasi tu. Biarkan ayam masak dalam rice cooker sebab senang dan tak payah nak monitor sangat. Ayam pun akan masak sekata dan juicy.

Memang sesuailah kalau kita jenis sibuk atau ada anak kecil yang perlu dilayan, kan?

3. Buat Kuah

Sambil menunggu ayam masak, bolehlah buat kuahnya. Senang saja. Ikut langkah di bawah.

  • Kisar semua bahan kuah dan masakkan di atas dapur bersama santan dengan api perlahan sambil terus dikacau.
  • Masak sehingga kuah pekat.
  • Masukkan asam keping, garam dan gula secukupnya. Bolehlah diangkat.

5. Bakar Sekejap

Bila ayam dah masak, bakar sekejap atas kuali leper / non-stick pan supaya nampak garing-garing sedikit di luarnya.

Sambil tu, siram dengan kuah percik tadi. Siram 2-3 kali supaya garing dan tebal salutan kuahnya. Baru terasa lebih ummphh!

Siap!

Rupanya mudah sangat nak buat ayam percik sendiri di rumah. Lepas ini tak payah beli lagi di luar.

Selain dapat berjimat, dapat juga hidangkan air tangan sendiri untuk seisi keluarga. Kadang-kadang pening juga tak tahu nak masak lauk apa lagi kan. Buat ayam percik saja memang senang. Makan begitu saja pun dah cukup sedap.

Jadi apa lagi, kebanyakan bahan tentu dah ada di dapur. Bolehlah memasak sekarang.

Selamat mencuba!

 

*Resepi Ayam Percik Rice Cooker ini adalah hasil olahan Puan Zyan Raef dan ia diterbitkan semula dengan kebenaran. 

 

 

Yang Popular

To Top