Dapur

Cara Buat Grilled Chicken Chop & Sos Blackpepper Sendiri Di Rumah. Jimat Tapi Terangkat!

1.3K
SHARES

“Sesekali tekak ni teringin pulak nak makan menu Western. Kalau dapat chicken chop kan best. Tapi dah nak masuk hujung bulan ni faham-faham jelah. Agaknya kalau buat sendiri mesti jimat…”

Bosan juga kalau hari-hari makan nasi. Seronok juga kalau beralih angin dengan menu masakan Barat seperti chicken chop. Ia adalah hidangan yang tak perlu diperkenalkan lagi kepada rakyat Malaysia. Aromanya yang harum dah cukup menambat selera penggemarnya, apatah lagi kalau dipadankan dengan sos black pepper. Boleh menjilat jari!

Sebenarnya senang saja nak buat chicken chop di rumah. Cuma perlu beli ayam di pasaraya yang dah dibuang tulangnya. Kemudian cuma perlu ada sedikit bahan asas untuk perapannya.

Di sini kami kongsikan resepi istimewa homemade chicken chop bersama kuah black pepper hasil olahan Puan Mar Ziana.

Mari kita lihat satu persatu.

Resepi Chicken Chop Yang Simple & Sedap

Bahan-bahan

Bahan perapan

  • 3 bawang putih (tumbuk)
  • sos black pepper
  • serbuk black pepper
  • separuh pati kiub ayam yang hancurkan
  • sedikit kicap

Sayuran

  • brokoli
  • lobak merah

Cara-cara

1. Gaulkan Bahan & Perap

Pertama sekali, gaulkan semua bahan di atas dengan dengan ayam dan perapkan semalaman dalam peti sejuk.

Cucukkan sedikit bahagian ayam dengan garfu supaya bahan perapannya dapat meresap ke dalam. Tak perlu bubuh garam lagi ya dah sebab pati ayam tu dahpun terasa masin.

resepi chicken chop

2. Gril / Bakar Atas Kuali

Keesokannya atau beberapa jam selepas diperap, bolehlah grilkan atau dibakar atas kuali / pemanggang ajaib / non stick pan.

Pastikan ayam betul-betul masak sebelum diangkat.

3. Sediakan Sayuran

Kemudian sebagai pelengkap hidangan, sediakanlah sedikit sayuran yang berkhasiat.

Kalau nak senang macam saya, cuma letak brokoli dan lobak merah. Caranya, rebus air sampai mendidih dan masukkan sedikit garam. Lepas tutup api, masukkan brokoli dan lobak merah selama lebih kurang 30 saat saja. Saya tak rebus lama-kama sebab nak rasa rangup.

Resepi Sos Black Pepper Menjilat Jari

Akhir sekali, tak sahlah kalau makan chicken chop tanpa sos black pepper kan?  Jom kita buat sendiri hanya dengan beberapa langkah ini saja.

Bahan-bahan

  • 1 sudu mentega
  • 1 sudu tepung gandum
  • 1/2 pati kiub ayam
  • Sedikit air
  • Serbuk black pepper
  • 2 sudu sos black pepper
  • Sedikit kicap

Cara-cara

1. Cairkan Mentega

Mula-mula, cairkan 1 sudu mentega di dalam kuali.

2. Masukkan 1 Sudu Tepung Gandum

Kacau supaya ia sebati dan tak berketul-ketul.

3. Masukkan Kiub Pati Ayam

Seterusnya, masukkan pula 1/2 ketul kiub pati ayam. Masukkan air sedikit demi sedikit supaya tak terlalu kering.

4. Taburkan Serbuk & Sos Black Pepper

Seterusnya, taburkan 2 sudu sos black pepper dan seberapa banyak serbuk black pepper mengikut citarasa anda. Kalau siapa yang suka pedas, bolehlah lebihkan sedikit.

5. Tambah Sedikit Kicap

Akhir sekali, bolehlah tambahkan sedikit kicap untuk mendapatkan warna yang kehitaman.

Wah, Inilah Hasilnya!

Ha, mudah kan nak buat homemade chicken chop di rumah. Lepas ini bolehlah anda buat sendiri di rumah dan pelbagaikan resepinya mengikut kreativiti masing-masing.

Tak perlu lagi ke kedai makanan Western mahupun food truck. Boleh jimat duit… Satu famili boleh makan bersama. Memang berbaloi.

Rugi tau kalau tak cuba resepi chicken chop yang teramat simple ni.

resepi chicken chop

Selamat mencuba!

 

*Resepi chicken chop dan homemade black pepper ini dikongsikan oleh Puan Mar Ziana melalui Facebook. Ia disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan atau lebih banyak tips serta resepi menarik, jom follow beliau di SINI.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×