Dapur

Sejukkan Tekak Dengan Panna Cotta, ‘Italian Dessert’ Yang Lazat & Berkrim. Mudah Saja Resepinya!

3K
SHARES

“Kering idea aku nak buat apa untuk ‘potluck’ di pejabat nanti. Apa agaknya resepi yang simple tapi sedap ya? Kalau boleh nak buat yang lain sikit daripada biasa. Bosanlah kalau asyik menu yang sama aja…”

Tahukah anda, panna cotta adalah sejenis hidangan pencuci mulut atau dessert yang berasal dari Itali. Di Malaysia, ia selalunya disajikan di hotel atau restoran-restoran makanan Barat, khususnya makanan Itali. Namun sebenarnya, anda tak perlu berbelanja besar di restoran mewah kerana panna cotta sangat mudah dibuat sendiri di rumah.

Menurut sumber, “panna cotta” bermaksud “krim yang dimasak”. Teksturnya sangat lembut dan mempunyai rasa seperti kek keju, karamel atau puding yang dimakan ketika sejuk. Hidangan ini ini juga sesuai untuk anak-anak kerana ia mengandungi susu dan buah-buahan segar.

Mari kita ikuti resepi yang dikongsikan oleh Puan Ogy Mamita. Beliau yang pada awalnya cuba membuat panna cotta untuk dimakan sendiri, kini tak menang tangan menerima tempahan untuk membuat pencuci mulut ini. Mesti sedap sangat tu!

Resepi Panna Cotta, ‘Italian Dessert’ Yang Lemak & Berkrim

Menurut Puan Ogy, resepi asas ini diperolehi daripada sebuah blog. Daripada satu resepi asas ini, ia boleh diolah menjadi panna cotta strawberry, kiwi, dan mangga seperti dalam gambar di bawah.

Bahan-bahan:

  • 2 cawan susu segar (fresh milk)
  • 1/2 cawan heavy cream/whipping cream
  • 2 sudu kecil serbuk gelatin halal (gelatin boleh juga digantikan dgn agar-agar tali atau agar-agar serbuk)
  • 4 sudu besar gula (resepi asal 5 sudu besar gula)
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara:

1. Masak Gelatin

Mula-mula, kacau gelatin bersama 3 sudu besar air panas. Biarkan.

2. Masukkan Bahan Lain

Kemudian, masukkan susu segar, krim dan gula dalam periuk. Masak pada api sederhana sampai ada buih-buih kecil.

3. Gabungkan Semua Bahan

Seterusnya, tutup api dan masukkan gelatin. Kacau semua bahan ini dan masukkan esen vanilla.

4. Sejukkan

Biar sejuk sedikit sebelum diisi dalam bekas dan masukkan dalam peti ais (2-3 jam dalam freezer atau 5-6 jam kalau dalam chiller).

5. Hiaskan Dengan Topping Pilihan

Untuk menambah warna dan kesegaran, variasikan topping panna cotta dengan dengan kepingan hirisan coklat atau buah-buahan kesukaan. Terpulang kepada kreativiti dan selera masing-masing, manisan ini mudah dipelbagaikan.

Boleh guna apa-apa buah, coklat atau jem untuk membuat sosnya sendiri. Kalau nak lebih mudah, beli deco filling yang dah siap. Letakkan sos ini selepas panna cotta dah sejuk dan memejal.

Bila dah siap, inilah hasilnya. Menarik!

Selamat Mencuba!

Tak susah sebenarnya nak membuat panna cotta ini. Sesekali, apa salahnya mencuba kelainan dengan resepi baru seperti ini. Tak perlu berbelanja lebih, gerenti puas hati!

 

*Resepi ini dikongsikan oleh Puan Ogy Mamita dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan, follow Facebook beliau di SINI.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×