Dapur

Juadah Hari Raya Korban ‘Rare’ Ala-Ala Di Korea, Celup, Bakar & Makan Sampai Puas!

1.1K
SHARES

“Dah tak larat nak makan daging, lepas tu asyik masak menu yang sama je. Bosan!”

Ini adalah antara situasi normal yang akan berlaku ketika menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban. Sudah tentunya memang banyak sumbangan daging korban yang akan anda dapat tidak kira dari rakan taulan atau di sambutan korban kawasan kediaman rumah.

Apa yang pasti, anda akan buntu dengan resepi dan menu daging apakah yang bukan kebiasaan dan dapat membangkitkan selera seisi keluarga? Salah satu perkongsian menarik di laman Facebook dimana anda boleh cuba menu ala-ala di restoran Korea menggunakan daging korban yang anda dapat. Mudah, lain dari yang lain, sedap dan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan, juadah ini pasti akan menjadikan suasana Hari Raya Aidiladha anda lebih meriah!

JUADAH HARI RAYA HAJI YANG LAIN DARI LAIN, MACAM DI KOREA

Celup, bakar,  makan, celup, bakar, makan. Ulang sampai kenyang. Main celup bakar makan ni dah macam kat kedai daging Korea pula dah. Makan panas-panas sodapp. Jimat jauh la buat sendiri. Resepi ada Ben sertakan. Raya Haji nanti boleh buat makan dengan mak ayah adik beradik balik kampung.

Daging ikut bahagian yang disukai. Nak jenis daging atau lemak-lemak sikit. Untuk mudah potong, biarkan dia 20-30% sejuk dan potong nipis.Lagi nipis lagi sedap. Kuantiti untuk 800 gram – 1kg daging.

Barang untuk Sos perapan

4 ulas bawang putih

1 sudu teh ketumbar

1 inci halia muda

2 btg serai kecil

1 sudu teh halba

1 1/2 sudu makan gula merah

1/2 sudu teh garam

1 sudu teh serbuk perasa

Tumbuk pakai lesung je,bila dah hancur kasar sikit,keluarkan letak dalam bekas, tambah 3/4 cawan air sikit-sikit takut cair, 2 sudu makan madu, 2 sudu makan kicap masin, 1 sudu makan minyak masak dan air lemon 1 sudu makan. Kacau sebati semua. Biar pekat-pekat sikit.

1.Panaskan pemanggang/non stick pan serta sapu cairkan butter sedikit tuk kali pertama,celup daging dan bakar.

2.Daging bakar ikut suka nak garing or lembut. Sedap makan sambil bakar

3.Sos Ben guna sambal kicap dan sos manis thai yang dibeli. Untuk sambal kicap :

Cara buat Sambal Kicap

1/2 biji tomato

4 tangkai cili padi

1/2 bwg merah besar

Kicap masin

Sedikit Madu

Sedikit Lemon

Potong kecil dan campur semua. Sesuaikan dengan tekak.

*Lain macam sikit juadah Raya Haji kali ini kan?

Sumber : Ben Safwan

Most Popular

To Top