Famili

Rasa Ada Benda Bergerak Bawah Kulit, Rupanya Dah Kena Jangkitan Parasit Cacing!

10
SHARES
ubat cacing

Sebut sahaja mengenai ubat cacing, pasti ramai dalam kalangan kita yang fikir hanya kanak-kanak yang memerlukan ubat ini. Ternyata anda salah! Hal ini kerana, ramai dalam kalangan orang dewasa juga mudah untuk mendapat jangkitan cacing jika kurang menjaga kebersihan khususnya tangan dan kaki.

Mungkin anda pernah rasa macam ada benda bergerak-gerak di bawah kulit kaki dan kadang-kadang gatal kan? Ini bermakna pengambilan ubat cacing adalah perlu bagi mematikan jangkitan parasit cacing bernama Cutaneus Larva Migrants. Ada yang sampai boleh nampak parasit tersebut di bawah kulit, takut!

Baca juga: AWAS! Ini 7 Tanda Anda Mengalami Sakit Buah Pinggang Yang Tidak Disangka-Sangka

MAKAN UBAT CACING KALAU RASA ADA BENDA BERGERAK-GERAK BAWAH KULIT

ubat cacing

“Ada benda bergerak gerak di bawah kulit… rupa rupanya..”

Seorang wanita datang ke klinik dengan gejala gatal di kaki selama seminggu. Bermacam macam jenis krim dan petua telah dilakukan, namun gejala gatal tidak juga kurang.

Pada waktu malam, wanita ini terasa seperti ada sesuatu yang bergerak gerak di bawah kulitnya. Pertanyaan lanjut mendapati wanita ini hobinya adalah berkebun. Pemeriksaan klinikal dilakukan dan doktor mengesahkan ia adalah jangkitan parasit cacing yang dinamakan sebagai Cutaneus Larva Migrants.

1.Cutaneus – permukaan bawah kulit

2.Larva – peringkat fasa tumbesaran cacing

3.Migrants – bergerak, merayap

Bagaimana ia berlaku?

Kemungkinan besar jangkitan berlaku semasa beliau sedang berkebun dan tanah kebunnya ada cacing jenis Ancylostoma caninum iaitu cacing kait yang biasa terdapat dalam usus haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing. Pengajaran:

– Pastikan haiwan peliharaan anda diberi ubat cacing secara berkala.

– Jika berkebun pakailah sarung tangan. Jika ke pantai, pakailah pelapik kaki/ kasut.

ubat cacing

Rawatan

Biasanya cacing boleh mati dengan sendiri selepas 5-6 minggu, tetapi gejala gatal tak boleh tahan lah. Nak rawat tidak susah, hanya makan ubat cacing, matilah cacing itu. Jadi selepas dapat rawatan, wanita tersebut pun pulih dari jangkitan CML.

*Jangan lupa makan ubat cacing ya!

Sumber: Public Health

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×