Sihat

‘Asyik Garu Je..’- Doktor Kongsi Cara Rawat & Cegah Masalah Cacing Si Anak

11
SHARES

Masalah kekacingan sering berlaku dalam kalangan bayi dan kanak-kanak. Menurut perkongsian Dr Ahmad Samhan di laman Facebooknya, terdapat pelbagai jenis yang ada dalam badan manusia antaranya cacing gelang, jarum dan cacing kerawit.

Jelasnya, ketika berada di klinik seorang ibu bergegas membawa bayinya untuk mendapatkan rawatan kerana tidak mahu menyusu dan cirit birit.

Baca juga: Tips Hentikan Hingus Anak Meleleh 24 Jam Guna Kunyit, Confirm Mujarab!

DOKTOR KONGSI CARA RAWAT & CEGAH MASALAH CACING SI ANAK

anak cacing

Bayi berkenaan dibawa ke bilik rawatan dan sejurus sahaja pampers dibuka, doktor mendapati ada beberapa ekor cacing sedang bergera-gerak. Saya bantu ibunya untuk buka pampers.

“Patutlah dia merengek. Dia sakit perut. Cuba puan tengok betul-betul dalam pampers ini,” jelasnya.

Dr Ahmad Samhan berkongsi beberapa langkah untuk merawat masalah kecacingan dan cara mencegahnya untuk ibu bapa di luar sana praktikkan.

Berikut merupakan cara untuk merawat masalah kecacingan:

– Rawatan adalah berkesan dengan makan ubat cacing (Albendazole untuk satu hari sementara Mebendazole untuk 3 hari).

– Ubat cacing boleh diberikan setiap 6 bulan sekali dengan sukatan dos 200 miligram untuk bayi berusia bawah dua tahun, manakala 400 miligram untuk kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas.

– Rawatan ini perlu diulangi mengikut keperluan (jika masih terdapat tanda-tanda jangkitan selepas 2 minggu rawatan diberi).

– Sapukan jelly petroleum di kawasan yang gatal untuk menghilangkan kegatalan (di sekeliling kawasan dubur atau vagina).

– Cadar dan pakaian yang digunakan perlu direbus dan dibasuh dengan air panas dan bahan pencuci untuk menghapuskan telur-telur cacing jarum.

Cara untuk mencegah: 

anak cacing

– Basuh tangan anak dengan sempurna sebelum makan.

– Elakkan anak daripada bermain di tanah yang tercemar.

– Elakkan tabiat anak memasukkan benda asing ke dalam mulut

– Buang lampin pakai buang ditempat yang sesuai.

Kongsikan supaya mak ayah yang ada anak kecil berwaspada daripada terkena jangkitan cacing.

Sumber: Facebook Dr Ahmad Samhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×