Sihat

7 Makanan Yang Boleh Tingkatkan Keinginan Batin, Pasti Lebih ‘Puas’!

6
SHARES
keinginan seksual

Mempunyai tahap keinginan seksual dalam kalangan wanita atau lelaki merupakan perkara yang normal. Apa yang tidak normalnya apabila anda hilang rasa keinginan seksual tersebut dan hanya rasa ‘kosong’. Jadi, apa yang anda perlu buat?

Terdapat cara yang semula jadi untuk anda tingkatkan tahap keinginan seksual seperti normal melalui jenis makanan. Ada beberapa jenis makanan yang mudah dicari untuk anda ambil sebagai langkah menaikkan rasa seksual supaya tidak berlaku kekurangan dari kesihatan dalaman.

Baca juga: 9 Jenis & Fungsi Supplemen Yang Ada Di Pasaran, Pilih Betul-Betul Sebelum Beli!

7 MAKANAN BANTU TINGKATKAN KEINGINAN SEKSUAL / LIBIDO

keinginan seksual

Libido adalah keinginan seksual, yang secara semula jadinya memang wujud dalam diri setiap individu. Tahap libido ini adalah berbeza mengikut individu. Pemakanan juga boleh mempengaruhi tahap libido sesebuah individu ya!

Simptom jika kurang libido:

1. Kesukaran mencapai ereksi bagi lelaki

2. Kesukaran menahan ejakulasi bagi lelaki

3. Jumlah air mani yang rendah

4. Rambut gugur

5. Keletihan dan kekurangan tenaga

6. Kehilangan jisim otot

7. Kekurangan jisim tulang

8. Perubahan mood

JENIS MAKANAN YANG BOLEH BANTU:

1. Buah tembikai

Buah tembikai kadangkala dirujuk sebagai ‘viagra semula jadi’.

Ini kerana ia mengandungi citrulline, sejenis sebatian yang membantu sel darah menjadi lebih relaks sekali gus melancarkan perjalanan darah dalam tubuh badan.

2. Kacang pine

Kacang pine adalah sumber zink tinggi.

Untuk pengetahuan anda, pengambilan makanan yang mengandungi zat ini dengan lebih banyak dalam diet anda dikatakan mungkin boleh meningkatkan keinginan seksual.

3. Kacang walnut

Kacang walnut kaya dengan asid lemak omega-3 dan lemak sihat yang boleh membantu mengeluarkan dopamine dan arginine – asid amino yang boleh meningkatkan nitrik oksida.

Kesannya, ia mungkin boleh membantu melancarkan perjalanan darah dalam tubuh badan.

4. Stik daging

Daging terkenal mengandungi zat besi yang berfungsi sebagai penyalur oksigen kepada sel darah merah, sekali gus membekalkan tenaga pada tubuh badan.

Ia juga mengandungi protein & vitamin B yang sangat membantu dalam perembesan dopamine, neurotransmiter yang mengawal reaksi otak terhadap rangsangan keseronokan.

5. Coklat gelap

Untuk penggemar coklat di luar sana, anda perlu tahu bahawa ia mengandungi sebatian yang dikenali sebagai phenylethylamine, yang membantu merembeskan endorfin dan dopamine.

Kedua-duanya adalah sangat bagus dalam membantu meningkatkan libido.

6. Rempah-ratus

Rempah-ratus seperti kulit kayu manis, cengkih dan lain-lain sebenarnya telah lama digunakan sebagai aphrodisiac – makanan atau minuman yang boleh meningkatkan keinginan seksual.

Dalam pada itu, aroma daripada rempah-ratus ini mungkin boleh membantu meningkatkan mood anda untuk beraksi bersama pasangan di ranjang.

7. Asparagus

Ia sangat kaya dengan folat dan vitamin B yang membantu mengeluarkan histamin. Buat anda yang belum tahu, hormon ini dirembeskan ketika seseorang itu sedang mengalami orgasma.

keinginan seksual

Kalau anda ada masalah pancut awal dan mati pucuk, anda boleh cuba book konsultasi percuma untuk berbincang masalah anda dengan doktor kami.

Baca juga: Twitter @Dr.Samhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×