Sihat

Kelebihan Sunat Laser, Teknik ‘Bakar’ Kulit Untuk Kurangkan Rasa Sakit Anak & Cepat Sembuh

96
SHARES
sunat laser

‘Sunat’ atau ‘berkhatan’ merupakan perkataan yang paling mengerikan bagi kanak-kanak lelaki. Mana tidaknya, apabila mencapai usia tertentu dan selalunya dalam lingkungan usia 6 tahun, mereka akan melalui proses berkhatan sama ada secara tradisional atau menggunakan teknik sunat laser.

Mungkin ramai dalam kalangan mak ayah yang masih kurang tahu bahawa berkhatan atau sunat menggunakan cara laser ini mempunyai banyak kelebihan. Paling penting adalah cara penjagaan juga tidak terlalu rumit dan kurang risiko pendarahan melampau.

Baca juga: Alamak! Saiz Zakar Yang Dah Mantap Boleh Mengecil Bila Berat Badan Dah Overweight? Risau…

KELEBIHAN SUNAT LASER YANG MAK AYAH KENA TAHU

sunat laser

Ramai yang sangka kaedah sunat laser yang digunakan untuk khatan adalah seperti pedang dalam filem StarWars (hanya guna cahaya laser). Tidak rupanya..

Sebenarnya kaedah yang sering dirujuk sebagai sunat laser adalah menggunakan diathermy iaitu sejenis rod pemanas elektrik yang digunakan untuk memotong kemaluan dengan cara ” membakar” agar kulit dapat dipotong cantik dalam masa yang sama mematikan saluran darah di zakar .

Cara konvensional sebelum ini adalah dengan menggunakan pisau/ atau gunting. Kaedah ini mempunyai kekurangan waktu sembuh lebih lama. Kaedah sunat laser mempunyai banyak kelebihan dan menjadi pilihan ramai doktor, namun ada risiko terpotong kepala penis.

Selain kaedah sunat laser dan konvensional, ada kaedah moden lain menggunakan clamp dan stapler. Berikut merupakan kelebihan sunat laser yang mak ayah kena tahu:

1.Lebih ringkas, kos efektif

2.Kurangkan risiko pendarahan

3. Prosedur lebih cepat

4.Potongan lebih kemas

5.Kaedah sama untuk pembedahan lain

LUKA AKAN SEMBUH LAMBAT KALAU ADA SIMPTOM INI

sunat laser

Namun, perlu diingatkan bahawa luka sunat yang normal itu sama ada dengan cara gunting, sunat laser atau sunat clamp akan sembuh setelah 7 ke 14 hari. Mungkin ini juga akan memakan masa lebih lama jika wujud sebarang masalah seperti yang disenaraikan oleh Seattle Children’s, jika ada simptom berikut berlaku:

-Alat sulit berubah warna kebiruan atau kehitaman

Alat kelamin bengkak dengan teruk dan berdenyut

-Alat kelamin mula muncul nanah yang berbau

-Sukar atau tidak boleh untuk kencing lebih 8 jam

-Darah keluar banyak daripada bekas luka lebih 3 hari

-Demam pada suhu yang sangat tinggi

Luka pada alat kemaluan sakit dan tidak sembuh selepas 2 minggu

Oleh itu, teliti luka sunat anak-anak supaya tidak berlaku sebarang masalah lain dan mak ayah juga boleh cuba cara sunat laser untuk mengurangkan pendarahan semasa luka.

Sumber: Public Health

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×