Famili

“Bahagia Je Tidur…”- Ibu Kongsi Pengalaman Sunat Anak Lelaki Usia 2 Bulan, Tak Susah Pun!

2
SHARES

Bila berbicara mengenai sunat buat anak lelaki, ramai ibu bapa bersetuju dan memilih untuk sunatkan si anak apabila usia sudah meningkat 6 tahun ke atas. Ini kerana bagi mereka lebih mudah dijaga dan merupakan pengalaman yang perlu dirasai oleh anak.

Walaubagaimanapun, seawal anak lelaki usia 2 bulan sudah boleh disunatkan seperti yang dilakukan oleh ibu bernama Iman Abdul Rahim. Puan Iman berkongsi pengalaman dan menurutnya tidak susah sebenarnya untuk menjaga si kecil selepas bersunat meskipun baru berusia 2 bulan sahaja. Ikuti perkongsian lanjut di bawah.

Baca juga: [VIDEO] Ibu Pilih Sunatkan Anak Lelaki Semasa Baby. Lebih Senang, Tak Ada Pantang

IBU KONGSI PENGALAMAN SUNAT ANAK LELAKI USIA 2 BULAN, TAK SUSAH PUN

sunat

Alhamdulillah, Ahmad Naayl dah sunat. Big boy dah. Ini antara preparation sebab nervous ya first time ada anak bujang, sebelum ni princesses je.

Sebelum sunat: 

– Mentally prepared and know what to expect.

– Pakai baju two pieces siap siap sebab lepas sunat tak pakai seluar.

– Make sure rumah semua dah kemas and kosongkan schedule sebab nak focus jaga dia je.

– Bawa diapers extra yang size besar.

– Beli siap-siap diapers 1 size bigger yang tape, bukan pants supaya senang pakai. Yang lembut and ada wetness indicator supaya senang nak tengok.

Selepas sunat: 

– Memang kena bagi attention dekat dia je.

– Terus bagi ubat bila sampai rumah.

sunat

– Selalu salin nappy setiap 2jam / kalau basah terus salin.

– Pakaikan baju selesa & longgar.

– Kalau risau apa apa, terus consult doktor.

Kesimpulan, senang jaga sebab kecik lagi. Seriau sikit je la. Pastu dia okay tak ada tanda tanda sakit pun. Bahagia je tidur dan susu. Luka semua kering dah. Dia sunat method laser. Alhamdulillah settle untuk anak bujang Mummy.

Sumber: Instagram Iman Abdul Rahim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×