Famili

[VIDEO] Ibu Pilih Sunatkan Anak Lelaki Semasa Baby. Lebih Senang, Tak Ada Pantang

1.3K
SHARES

Kebiasaanya ibu bapa memilih untuk sunatkan anak lelaki mereka ketika berusia tujuh tahun ke atas. Hal ini kerana sudah menjadi budaya masyrakat melayu dan berpendapat ianya lebih memudahkan dari segi proses penjagaan.

Sebenarnya, boleh sahaja sunatkan anak lelaki ketika masih bayi lagi dan ia tidak menjadi masalah. Perkara ini dapat disamakan seperti seorang perkongsian ibu yang memilih untuk sunatkan anak lelakinya ketika masih bayi dan menarik perhatian warganet.

Baca juga: Disangka Dua, Rupanya Dikurniakan Kembar Tiga!

IBU PILIH SUNATKAN ANAK LELAKI SEMASA BABY

Video tersebut memaparkan bayi lelaki comel bernama Andika selamat disunatkan dan memakai pampers serta dikepitkan ke atas untuk tidak menganggu tempat yang disunat. Jelasnya juga, dia memilih untuk sunatkan anak lelakinya sewaktu bayi kerana menurut sunnah, bayi lelaki boleh disunat seawal umur tujuh hari.

“Alhamdulillah, Andika selamat sudah berkhatan. Dah baik dah, Syukur,” katanya.

Jelas kelihatan dalam video tersebut Andika hanya bertenang dan tidak menangis selepas proses tersebut dijalankan. Pieeja juga menjelaskan lebih mudah untuk dijaga kerana hanya memberi susu dan tiada sebarang pantang-larang perlu diikut seperti orang dewasa.

“Seronoknya kecil-kecil dah sunat. Senang nak jaga. Tak ada pantang makan kan,” kata salah seorang pengguna TikTok.

“BABY RILEK JE BOLEH SENYUM-SENYUM…”

Meninjau ke ruangan komen, ternyata klip di pampers Andika menarik perhatian warganet kerana terlalu comel dan dia tetap masih tersenyum dan tidak menangis.

Ada juga ibu bapa yang bercadang untuk sunatkan anak lelaki mereka dan umur sesuai adalah sebelum mereka mula meniarap. Lebih menariknya, hanya mengambil masa selama tujuh hari untuk sembuh selepas disunatkan.

Sumber: TikTok Cik Pieeja

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×