Famili

Disangka Dua, Rupanya Dikurniakan Kembar Tiga!

116
SHARES

Setiap pasangan suami isteri pasti mahu dikurniakan cahaya mata sebagai tanda kasih antara mereka. Kehadiran cahaya mata sememangnya memberi sinar dalam kehidupan bekeluarga.

Itulah yang dirasakan oleh ejen hartanah, Mohamad Safwan Abd Rahim dan pasangannya, Nurul Farhana Fatin Salim apabila dikurniakan bayi lelaki kembar tiga setelah tiga tahun penantian.

Baca juga: Kerana Pembawakan Bayi, Wajah Berubah Ketika Hamil Tapi Suami Tetap Puji Setiap Hari

DISANGKA DUA, RUPANYA DIKURNIAKAN KEMBAR TIGA

Menerusi laporan Harian Metro, kisah kembar tiga diberi nama Idlan, Izhan, dan Ilhan atau gelarannya ‘The Antriplets’ itu mendapat perhatian ramai selepas Mohamad Safwan, 31 memuat naik video bayinya di TikTok dengan rata-rata netizen memuji kecomelan mereka.

Mohamad Safwan yang menetap di Johor Bahru itu berkata, dia dan Nurul Farhana, 29, mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 selepas dua tahun berkenalan.

“Selepas bergelar suami isteri, kami menjalani kehidupan rumah tangga seperti biasa, sama seperti pasangan lain.

“Setiap pasangan tentu mahukan anak tetapi kami tidak tertekan malah sering luangkan masa bersama termasuk pergi bercuti kerana percaya dengan rezeki yang sudah ditetapkan, cuma cepat atau lambat saja.

“Masuk tahun kedua perkahwinan, sudah ad a orang sekeliling bertanya soal zuriat tetapi kami tidak kecil hati kerana anggap pertanyaan itu perkara biasa. Lagipun, kami tidak hanya berdiam sebaliknya ada berikhtiar termasuk ke Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bagi memeriksa tahap kesuburan,” jelasnya.

Menurut Safwan, doktor mengesyorkan dia dan pasangan untuk mengambil ubat, mengubah cara pemakanan dan tabiat gaya hidup. Dia cuba mendengar nasihat doktor dengan berhenti merokok.

“Saya juga cuba dengar nasibat doktor untuk berhenti merokok walaupun hakikatnya seorang perokok tegar. Usaha itu membuahkan hasil kerana tiga bulan kemudian, isteri disahkan hamil.

“Awalnya, hanya ada dua janin dikenal pasti dalam kandungan isteri namun ada keajaiban berlaku kerana seminggu sebelum isteri bersalin iaitu ketika pemeriksaan terakhir, doktor dapati ada lagi satu janin.

“Alhamdulilah, mereka dilahirkan sihat walaupun secara pra matang iaitu pada usia kandungan isteri tujuh bulan. Disebabkan itu, Idlan dan Izhan ditempatkan 82 hari di unit rawatan intensif neonatal (NICU) manakala Ilhan selama 62 hari,” katanya.

Kehadiran kembar tiga mereka sebagai penyeri selepas hampir tiga tahun rumah mereka ‘sepi’.

“Bukan hanya kami malah saya percaya ramai lagi pasangan di luar sana menginginkan zuriat malah ada yang lebih lama berumah tangga tetapi belum ada rezeki,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×