Famili

Kerana Pembawakan Bayi, Wajah Berubah Ketika Hamil Tapi Suami Tetap Puji Setiap Hari

372
SHARES

Setiap ibu mengandung pasti melalui pelbagai kenangan pahit dan manis yang menjadikan proses itu lebih bermakna selepas melihat kehadiran cahaya mata tercinta. Antara pengalaman yang sering dikongsi ialah tidak boleh menghidu bau makanan, mual jika menaiki kereta dan ada juga yang mengalami perubahan pada wajah.

Situasi ini sama seperti perkongsian seorang wanita di media sosialnya apabila mengalami perubahan ‘pelik’ pada wajah ketika hamil anak kedua.

Baca juga: ‘Macam Patung Anak Beruang!’- Ibu Terkejut Lahirkan Bayi Seberat 6kg

KERANA PEMBAWAKAN BAYI, WAJAH BERUBAH KETIKA HAMIL

Menurut Nur Ain, dia percaya bahawa pembawakan bayi itu benar kerana wajahnya berubah menjadi tua dan berkedut pada usia kandungan sembilan bulan. Tambahnya lagi, dia menunggu selama lapan tahun untuk mendapatkan cahaya mata kedua. Walau bagaimanapun, ia tetap momen gembira kerana ramai orang sekeliling caring terhadap dirinya.

Nak simpan dekt sini untuk anak cucu. Pembawakan baby is real guys. Gambar yang muka macam nenek tuu muka preggy 9 bulan,otw nak bersalin. Muka sebelah tu muka hari ini selepas 4 bulan bersalin, naik turun pakar kulit. Doakan saya kuat,sebenarnya sejak pregnant malu sangat orang ajak bergambar.

Tambahnya lagi, ada juga segelintir orang luar yang menghina dirinya dan tidak mahu mengandung kerana takut perkara sama terjadi terhadap dirinya. Dia juga menjelaskan suami tercintanya tidak lekang-lekang memuji dirinya setiap hari dan sering memberi semangat untuk melalui liku-liku kehidupan.

8 tahun jarak nak dapat no 2 ni,sekali pregnant ambik ko muka,tapi tak semua org dapat pengalaman macam ini. Paling best dekat mana-mana rasa orang care sangat sebab kesian. Tapi ada juga mulut-mulut tak best, cakap muka aku kena sumpahan la, muka aku excident la. Ada yang sampai tak nak mengandung takut jadi macam aku. 

Semoga kulit aku kembali kepangkal jalan. Terima kasih Zakie Ramly tak jemu puji isteri dia cantik,sikit pun tak pernah nk cakap apa-apa yang bukan-bukan. Selalu bagi semangat. 

Setelah empat bulan bersalin, wajah Ain kelihatan semakin pulih dan dia juga memuat naik foto anak keduanya dengan kapsyen gurauan menyatakan anak kecilnya mengambil seri ibunya.

“Saya lah yang ambil seri mama saya tu. Saya dah genap 4 bulan. Alhamdulillah,” tulisnya

Sumber: Facebook Cik Nur Ain

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×