Famili

‘Macam Patung Anak Beruang!’- Ibu Terkejut Lahirkan Bayi Seberat 6kg

891
SHARES

Pasangan suami isteri dari Arizona, Amerika Syarikat gembira menyambut kelahiran bayi lelaki mereka yang seberat 6.4 kilogram (kg). Wanita itu melahirkan cahaya matanya ketika kandungannya berusia 38 minggu di Pusat Perubatan Bammer Thunderbird di Glendale, Arizona, 4 Oktober lalu.

Baca juga: Bayi Usia 2 Bulan Muntah Teruk Sebelum Tahu Dijangkiti Virus Covid-19

‘MACAM PATUNG ANAK BERUANG’- IBU TERKEJUT LAHIRKAN BAYI SEBERAT 6KG’

Menurut laporan Fox News, apa yang lebih menariknya ialah Finnley sudah boleh memakai pakaian untuk individu berumur enam hingga sembilan bulan. Doktor pada mulanya hanya menjangkakan bayi itu mempunyai berat kira-kira lima kg namun rupa-rupanya beratnya melebihi enam kg dan melebihi berat purata bayi baru lahir iaitu antara tiga hingga 3.6 kg.

“Air ketuban saya pecah ketika kandungan semakin berat, jadi pembedahan diawalkan sehari,” jelas Cary.

Tambahnya lagi, semua orang panik melihat situasi tersebut dan tidak mempercayai kerana terlalu besar dan gemuk seperti anak patung beruangnya.

“Semua orang panik seperti saya kerana tidak pernah melihat bayi yang besar dan saya tidak boleh mempercayainya. Begitu sempurna dan bulat dan cukup sifat. Dia seperti anak patung beruang kecil saya,” kata Cary.

Finnley merupakan anak ketiga dan dua lagi anak mereka, Devlen, 10, dan Everett, 2, juga dilahirkan menerusi pembedahan.

Bayi comel itu menghabiskan masa selama lapan hari di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), sebelum dibenarkan pulang ke rumah. Disebabkan bayi itu bersaiz besar, keluarganya perlu membeli lampin dan pakaian yang lebih besar untuknya

Jelas Cary juga dia dapat mengunjungi Finnley dan menjaganya semasa dia dimasukkan ke Thunderbird Banner dan meskipun penat kerana terlalu besar namun ia kenangan yang bernilai.

“Meskipun proses penyembuhan agak lambat tetapi saya melakukannya untuk bayi saya. Setiap kesakitan, darah dan air mata yang menumpahkan,” ujarnya.

Sumber: Fox News

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×