Ibu mana yang tidak terkejut apabila melihat bayinya yang baru berusia dua bulan mengalami muntah yang teruk. Hal ini sama seperti kejadian yang berlaku di Singapura di mana seorang ibu bernama Siti Hawa terkejut dan panik apabila melihat keadaan bayinya yang muntah dengan teruk. Dia bertindak pantas dengan memberitahu suaminya perkara itu kerana ia merupakan satu kejadiaan yang tidak normal.
Baca juga: Akibat Percaya Cakap Kawan, Wanita Ini Dimasukkan Ke Hospital Selepas Ambil Ivermectin
BAYI USIA 2 BULAN MUNTAH TERUK SEBELUM TAHU DIJANGKITI COVID-19
Menerusi laporan The Straits Times, bayi perempuannya, Aaisyah Humaira, positif untuk Covid-19 pada keesokan harinya. Anak perempuan kedua mereka, Aqilah Shazwani, 12, merupakan individu awal yang mengalami gejala setelah pulang dari pemeriksaan dan setelah melakukan ujian pengesanan Covid-19 keputusanya negatif. Walau bagaimanapun, dua hari kemudian keputusan ujian pengesanan didapati postitif.
“Oleh kerana ART Aqilah negatif pada awalnya, kami menganggapnya hanya demam biasa. Jadi kami masih bercampur dan makan bersama,” kata Hawa.
Hawa dan suaminya, Encik Muhamad Firdaus, 41, telah menerima vaksin Covid-19 sepenuhnya. Aqilah dikuarantin di rumah manakala Aaisyah terpaksa dikejarkan ke Hospital Universiti Nasional (NUH) pada hari keputusannya positif. Dia dimasukkan ke unit rawatan intensif neonatal.
Nasib tidak menyebelahi mereka, Hawa dan suaminya, turut positif untuk Covid-19. Hawa ditahan di NUH dan suaminya mengasingkan diri di rumah.
“Saya mengalami sakit tekak dan mata gatal. Asma saya semakin teruk dan dada saya sakit dan terasa berat. Saya menghidap asma, diabetes dan darah tinggi, jadi saya bimbang Covid-19 boleh memberi kesan buruk kepada saya.” tambahnya.
Setelah berjaya menjalani kuarantin di rumah dan hospital, mereka akhir dibenarkan pulang dan Hawa bersyukur kerana boleh meluangkan masa bersama keluarga lagi.
“Saya bersyukur kerana kami semua sihat dan saya dapat duduk di ruang tamu dengan anak-anak saya serta menonton TV bersama,” ujarnya.
Sumber: The Straits Times