Sihat

Akibat Percaya Cakap Kawan, Wanita Ini Dimasukkan Ke Hospital Selepas Ambil Ivermectin

297
SHARES

Gara-gara termakan dengan desakan rakan, seorang pesara wanita berusia 65 tahun dikejarkan ke hospital selepas mengambil Ivermectin sebagai langkah berlindung daripada jangkitan Covid-19.

Kejadian ini berlaku di Singapura dan Wong Lee Tak telah mengambil empat tablet 3mg ivermectin selama dua hari sehingga menyebabkan dia jatuh sakit pada hari Jumaat (1 Okt), yang dipercayai hari kedua dia mengambil ubat itu.

Baca juga: Ivermectin Bukan Untuk Cegah Covid-19, Hanya Untuk Ujian Klinikal Sahaja

AKIBAT PERCAYA CAKAP KAWAN, WANITA INI DIMASUKKAN KE HOSPITAL

Menerusi laporan The Straits Times, wanita itu menderita demam panas dengan suhu 39.3 darjah Celsius, radang pada sendi dan muntah teruk selepas makan, kata anak perempuannya Vanessa Koh, 32.

“Saya tidak dapat menyuruhnya makan apa-apa. Dia sepatutnya memakan oat sebelum makan ubat, tetapi dia muntah semuanya,” jelas Vanessa.

Vaneesa juga turut menjelaskan bahawa mereka memerlukan berbulan-bulan untuk memujuk ibunya agar mendapatkan vaksin, kerana teman rapat dari Gereja Kristus yang telah mendesaknya agar tidak mengambil vaksin.

“Kami mengalami banyak pertengkaran kerana dia tidak ingin divaksin dan memberi tekanan kepada keluarga saya,” kata Vanessa yang bekerja di sebuah bank.

Ibunya juga mempunyai penyakit diabetes dan tekanan darah tinggi. Menurutnya, ketika menjaga ibunya, dia menemui mesej di telefon ibunya menunjukkan seorang anggota gereja memberi pesanan untuk membeli 1,000 pil Ivermectin dengan harga 110 Dolar Singapura (kira-kira RM338).

Sumber: The Straits Times

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×