Rakyat

Ivermectin Bukan Untuk Cegah Covid-19, Hanya Untuk Ujian Klinikal Sahaja

10
SHARES

Sebelum ini kecoh di media sosial mengenai satu ubat yang dikatakan mampu mencegah dan merawat wabak Covid-19. Walau bagaimanapun, Ubat Ivermectin itu adalah ubat anti-parasit yang diluluskan oleh FDA dan digunakan untuk haiwan untuk merawat beberapa penyakit.

Baca juga: Perut Sakit Tanda Anda Dijangkiti Wabak Covid-19?

HANYA UNTUK UJIAN KLINIKAL SAHAJA

Menerusi laporan Sinar Harian,Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (MPS), Amrahi Buang berkata, satu surat edaran telah diterima daripada Pengarah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk memaklumkan tentang perkara segala aktiviti berkaitan Ivermectin sebagai rawatan Covid-19 adalah untuk percubaan klinikal sahaja.

“Kami menerima surat edaran itu yang bertarikh 4 Ogos dan mengikut edaran ini, Kementerian Kesihatan (KKM) tidak ada halangan untuk penggunaan produk tidak berdaftar Ivermectin tetapi hanya bagi tujuan klinikal sahaja,” katanya.

Justeru itu, semua pihak farmasi perlu peka dan memastikan penggunaan Ivermectin bagi tujuan jangkitan Covid-19 selain di bawah percubaan klinikal perlu dihentikan. Rakyat Malaysia juga diharapkan untuk hanya mendapatkan produk yang berkualiti, selamat dan berkesan.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, KKM akan menjalakan ujian klinikal terhadap 500 pesakit untuk menilai tahap keberkesanan Ivermectin.

Sumber: Sinar Harian & Kementerian Kesihatan Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×