Famili

Lelaki Pertama Di Dunia Disahkan Positif Cacar Monyet, Covid-19 & HIV Serentak

16
SHARES

Seorang lelaki berasal dari Itali menjadi yang pertama di dunia disahkan positif Covid-19, cacar monyet dan HIV semuanya pada hari yang sama.

Lelaki berusia 36 tahun itu pada mulanya hanya mengalami beberapa gejala seperti demam, sakit tekak dan sakit kepala selepas sembilan hari pulang dari Sepanyol.

Baca juga: Sanggup Tekup Muka Kekasih Hingga Mati Gara-Gara Minta Putus Hubungan

LELAKI PERTAMA DI DUNIA POSITIF CACAR MONYET, COVID-19 & HIV SERENTAK

Lelaki berkenaan menghabiskan lima hari di Sepanyol dari 16 hingga 20 Jun lalu, di mana dia melakukan hubungan seks sejenis tanpa perlindungan dan pada 2 Julai lalu, dia diuji positif Covid-19, lapor New York Post.

Pada petang hari yang sama, ruam mula menular pada lengan kirinya dengan keesokan harinya, vesikel kecil dan menyakitkan yang dikelilingi oleh ruam muncul pada tubuh, bahagian bawah badan, muka dan punggungnya.

Pada 5 Julai pula, vesikel itu mula merebak dan menjadi ‘pustula’ (benjol bernanah pada kulit). Lelaki tanpa identiti didedahkan itu pergi ke jabatan kecemasan sebuah hospital dan kemudian dipindahkan ke unit Penyakit Berjangkit.

Dia disahkan positif cacar monyet sebelum disahkan dijangkiti HIV-1 setelah menjalani beberapa ujian saringan penyakit kelamin.

Para penyelidik berkata bahawa berdasarkan kiraan CD4 pesakit tersebut (ukuran sistem imun), jangkitan itu diandaikan agak baharu. Selepas pulih daripada Covid-19 dan cacar monyet, dia dibenarkan keluar dari hospital pada 11 Julai lalu dan dihantar pulang untuk dikuarantin.

Sumber: New York Post

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×