Kini Trending

Sanggup Tekup Muka Kekasih Hingga Mati Gara-Gara Minta Putus Hubungan

5
SHARES

Di Klang, seorang remaja lelaki sanggup bertindak kejam dengan menekup muka kekasihnya menggunakan bantal. Suspek berusia 19 tahun berjaya diberkas dalam tempoh dua jam selepas membunuh wanita berkenaan. Pihak polis berjaya menangkap suspek kira-kira jam 9.20 malam berhampiran lokasi kejadian ketika cuba melarikan diri.

Baca juga: Bayi 4 Bulan Maut Sesak Nafas Tertekup Lampin Di Rumah Pengasuh

SANGGUP TEKUP MUKA KEKASIH HINGGA MATI GARA-GARA MINTA PUTUS HUBUNGAN

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada seorang wanita yang merupakan rakan suspek.

Menerusi laporan itu suspek dikatakan telah menghubunginya menerusi panggilan video aplikasi WhatsApp kira-kira pukul 7.18 malam untuk meminta bantuan mengambilnya di lokasi kejadian.

“Ini berikutan suspek telah bertindak menekup muka seorang wanita tempatan berusia 24 tahun sehingga tidak sedarkan diri. Polis yang kemudian tiba di lokasi kejadian menjumpai mangsa dalam keadaan terbaring di atas katil dalam sebuah bilik rumah tersebut,” jelasnya.

Pemeriksaan lanjut mendapati tiada sebarang kesan kecederaan dan mangsa disahkan meninggal dunia. Siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan mangsa ingin memutuskan hubungan dengan suspek.

Semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan direman selama tujuh hari sehingga 31 Ogos depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Kosmo Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×