Asuh

Hanya Guna Cawan Kertas, Teknik DIY Tingkatkan Kemahiran Anak Membaca Gabung Bunyi!

15
SHARES

Siapa sangka hanya gunakan cawan kertas saja, ibu bapa boleh mengajar anak teknik membaca gabung bunyi. Membaca gabung bunyi adalah di mana, apabila hendak membentuk suku kata dan perkataan, anak hanya perlu gabungkan bunyi bagi setiap huruf.

Cara DIY ini untuk bantu meningkatkan kemahiran anak yang sudah mengenali bunyi huruf. Mari ikuti kaedah DIY yang dikongsikan oleh Puan Hanis Athirah Rusli.

Baca juga: Peringatan! Jangan Hukum Anak Kerap Kencing Malam, Buruk Padahnya Nanti!

HANYA GUNA CAWAN KERTAS, TEKNIK DIY TINGKATKAN KEMAHIRAN ANAK MEMBACA GABUNG BUNYI!

DIY AKTIVITI MEMBACA GABUNG BUNYI

Bismillah. Salam semua, hari ni Anis nak share tutorial cara nak DIY bahan bantu belajar yang sangat best dalam bantu anak belajar gabung bunyi.

Gabung bunyi ni sangat penting sebelum anak boleh baca perkataan dengan lancar dan cepat. Tapi pastikan anak tahu bunyi huruf dulu ya. 

Bagi yang dah buat aktiviti literasi awal, bolehlah buat aktiviti gabung bunyi pula.

Senang sangat dan bahan yang diperlukan:

  • Pensel
  • Marker pen
  • Cawan kertas
  • Pisau pemotong kertas.

Cara nak buat Anis terang dekat gambar ya. Semoga bermanfaat InsyaAllah.

1. SEDIAKAN CAWAN KERTAS

Mula-mula sediakan cawan kertas. Kertas ya, bukan plastik sebab senang nak potong.

2. KEMUDIAN TULIS HURUF KONSONAN & VOKAL DI CAWAN BERASINGAN

Okay tulis dulu huruf untuk anak gabung bunyi.

Contoh dalam buku 1 Bacalah Anakku anak belajar gabung bunyi ba, bi, bu dan na, ni, nu.

Jadi boleh tulis huruf yang berkait atas cawan kertas.

Contoh satu cawan khas untuk tulis huruf konsonan, satu lagi vokal.

Yang vokal tu tulis a i u, tapi jarakkan sikit.

3. BUAT LUBANG BENTUK KOTAK SEBELAH HURUF KONOSONAN TADI

Untuk cawan konsonan buat kotak kosong dekat sebelah. Dan sambil buat boleh try masukkan cawan vokal tu tengok fit ke tak…

4. BERHATI-HATI BILA MEMOTONG

Okay, hati-hati potong. Anis recommend sangat guna cawan ni sebab proses nak potong senang sangat.

5. HASIL SELEPAS DIPOTONG

Ni hasil lepas potong. Ada lubang tepi cawan konsonan.

Mommies boleh buat lagi cawan konsonan mengikut huruf yang ingin digabung bunyi.

6. TINDIHKAN CAWAN

Tindihkan cawan konsonan atas cawan vokal.

h4>7. BOLEH TUKAR CAWAN UNTUK HASILKAN BUNYI YANG LAIN

Mommies boleh tukar lagi dengan konsonan lain.

Okey minta anak pusing sambil gabung bunyi. Tapi anis recommend mommies ajar dulu cara gabung bunyi ya.

Kira aktiviti ni untuk tingkatkan lagi penguasaan anak-anak.

Sumber: Facebook Hanis Athirah Rusli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×