Asuh

Ini 5 Tanda Perangai Anak Perlukan Bantuan Segera, Mak Ayah Tak Tegas Anak Pun Bermaharajalela!

20
SHARES
perangai anak perlu bantuan

Kadang-kadang tanpa sedar, sikap anak menjadi terlalu degil dan cepat berubah mood datangnya dari sikap mak ayah yang tidak tegas dan cepat mengalah. Kalau nak tahu, terdapat lima tanda perangai anak perlu bantuan segera.

Kalau anak ada tanda-tanda tersebut, mak ayah kena lihat balik cara didikan anda seperti dinyatakan di bawah. Menurut OT Siti ‘Aisyah Rozalli, sikap permisif mak ayah telah menyebabkan timbulnya sifat negatif kepada anak. Di mana, si manja berasa entitled. Jom lihat penerangan lanjut di bawah.

Baca juga: Bimbang Bila Panggil Nama, Anak Tak Pandang & Eye Contact Tiada, Bertenang Buat Ini Dulu!

PERANGAI ANAK PERLU BANTUAN

perangai anak perlu bantuan

5 TANDA PERANGAI ANAK PERLUKAN BANTUAN SEGERA!

  1. Menjerit setiap kali tak dapat apa yang dimahukannya.
  2. Membentak dan kelihatan sangat marah bila diminta buat sesuatu.
  3. Kita takut untuk larang kerana takut anak mengamuk.
  4. Boleh berubah dari good mood ke mengamuk dan mengamuk ke good mood dalam waktu yang sangat singkat.
  5. Kita takut dan buntu untuk tegur perangai anak kerana takut anak jadi bad mood.

Hmm… Kalau ada satu daripada senarai di atas, biasanya saya akan ajak parents untuk lihat pada perkara-perkara ini:

1. ‘TAK BOLEH’ TERUS TUKAR KEPADA ‘BOLEH

Ada tak moment yang parents dah cakap “tak boleh”, tapi bila anak menangis atau marah, tiba-tiba “tak boleh” bertukar jadi boleh?

Contohnya, kita kata “tak boleh aiskrim tau…”. Anak kita pun nangis… Kita tak larat tengok dia nangis, kita pun bagi aiskrim yang kita kata tak boleh tadi tu.

2. TAK PEDULI APABILA ANAK CAKAP ELOK-ELOK

Ada tak waktu yang anak cakap elok-elok, kita buat tak peduli. Tapi, bila anak dah jerit, baru kita menyahut dan layan anak?

Contohnya, anak panggil kita elok-elok, kita sibuk dengan handphone. Lepas itu, anak pun jerit “AYAH!!!!” Baru kita, “Apa dia?!”

3. SEMAK PERKEMBANGAN ANAK IKUT KESESUAIAN UMUR

Ada tak kita semak perkembangan kemahiran anak kita tu sesuai tak dengan umur dia?

Contohnya, patut umur anak kita tu dah boleh dah makan sendiri, tapi kita tak pernah bagi. Dan kalau anak kita macam susah sikit nak makan sendiri, kita terus tolong.

4. MAK AYAH TERLALU PERMISIF

Ada tak kita ni terlalu permisif? Apa sahaja anak nak, kita bagi sebab rasa tak boleh kalau nak kata “tak boleh”, “tunggu”, “bukan hari ni” pada anak.

5. MAK AYAH TAKUT ANAK RASA SUSAH

Ada tak kita ni takut sangat nak anak rasa susah? Anak tak boleh buat sikit, kita “escape” kan anak kita. Anak rasa “homework” susah, kita marah cikgu.

SIKAP TERLALU PERMISIF MAK AYAH TIMBULKAN RASA NEGATIF PADA ANAK

perangai anak perlu bantuan

Mama ayah…

Sikap terlalu permisif dan “takut anak marah”, “takut anak susah” ni sebenarnya akan menimbulkan satu rasa negatif pada anak. Anak akan timbul satu sifat yang dipanggil ENTITLED.

  • Bagi mereka, semua perkara yang berlaku ada kaitan dengan mereka.
  • Bagi mereka, apa yang mereka mahu, mereka patut dapat.
  • Bagi mereka, apa yang mereka rasa susah, mesti dimudahkan oleh orang lain.

Kasihan tau anak-anak macam ini. Mereka akan kurang sifat ketahanan terhadap cabaran dan akan membesar menjadi manusia yang sangat mudah stress dan putus asa.

So, jom take action, parents. Kenal pasti perkembangan anak kita secara holistik kenal pasti apakah yang sihat dan tak sihat dalam menguruskan tingkah laku anak.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Semoga Allah mudahkan kita semua menguruskan anak kesayangan kita. Anak ni saham ke syurga tau. Elok kita didik, Insha Allah jadi penyumbang doa untuk kita nanti.

Sumber: Facebook Siti ‘Aisyah Rozalli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×