Famili

Kes Jangkitan HIV Pelajar IPT Di Malaysia Dilaporkan Semakin Meningkat

7
SHARES
JANGKITAN HIV

Jangkitan HIV di Malaysia dalam kalangan pelajar pengajian tinggi berumur 18 hingga 25 tahun dilaporkan semakin meningkat. Hal ini sudah tentunya satu perkara yang membimbangkan ramai pihak dan perlu dibendung segera.

Menurut Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, berdasarkan makluman kes yang dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan, 214 pelajar di institusi pengajian tinggi awam atau swasta telah dijangkiti HIV pada 2020.

Baca juga: Budak 4 Tahun Tidur Dalam Rumah Penuh Sampah Dengan Penagih Dadah. Meruntun Jiwa!

JANGKITAN HIV DALAM KALANGAN PELAJAR IPT MENINGKAT

JANGKITAN HIV

Pada tahun 2021, angka kes sedikit menurun iaitu kepada 186 individu tetapi tahun 20222, kes semakin meningkat melibatkan seramai 221 individu dan 224 kes pada tahun 2024.

“Peratusan pelajar institusi pengajian tinggi awam atau swasta yang dijangkiti HIV adalah antara 6.7 peratus dan 7.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes HIV baharu yang dikenal pasti pada tahun-tahun tersebut,” jelasnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa pihaknya akan akan melaksanakan pelbagai program untuk memupuk gaya hidup sihat agar pencegahan terhadap kes HIV dapat dikurangkan.

Selain itu, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) turut mengemukakan empat kaedah untuk membendung kes HIV dalam kalangan pelajar institut pengajian tinggi (IPT).

Antara kaedah tersebut adalah dengan mengadakan pendidikan seksualiti berlandaskan nilai Islam selain program kesedaran.

PKPIM juga sangat menghargai usaha KPT dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memantau serta menangani isu ini melalui pelbagai program advokasi, kesedaran dan pencegahan.

Baca juga: Jangkitan Kuman Paru-Paru & Boleh Bawa Maut Jika Terdedah Najis Burung Merpati

Sumber: NST & Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×