Famili

Budak 4 Tahun Tidur Dalam Rumah Penuh Sampah Dengan Penagih Dadah. Meruntun Jiwa!

32
SHARES
PENAGIH DADAH

Tular di laman media sosial, sebuah video memaparkan keadaan rumah penagih dadah di mana sangat tidak teratur dan penuh dengan pelbagai barang.

Video tersebut dimuat naik oleh pengguna aplikasi TikTok bernama Shanizam dan difahamkan itu merupakan serbuan pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Baca juga: Pakai Baju Terlalu Pendek & Aurat Terdedah! Ramai Lelaki Cuai Hal Ini…

BUDAK 4 TAHUN TINGGAL BERSAMA PENAGIH DADAH

PENAGIH DADAH

Video berdurasi tidak sampai satu minit itu memaparkan keadaan rumah yang dipenuhi dengan sampah dan lebih mengejutkan apabila kanak-kanak berusia 4 tahun turut ada.

Dapat dilihat menerusi video tersebut, kanak-kanak tidak berdosa itu sedang nyenyak tidur walaupun dikelilingi dengan timbunan sampah.

“Meruntun jiwa saya apabila mendapati seorang kanak-kanak berusia 4 tahun tidur berhampiran timbunan sampah,” luahnya.

Jelas pemilik video itu, penemuan kanak-kanak itu dan keadaan rumah tidak ketahui sebelum ini. Risikan dijalankan kerana mensyaki rumah tersebut merupakan ‘sarang’ dadah.

Di dalam rumah tersebut terdapat 2 orang lelaki, 1 wanita dan seorang kanak-kanak. Pada mulanya wanita tersebut enggan memberi kerjasama namun akhirnya dia akur dan membuka pintu.

Ujian air kencing dilakukan dan mendapati 2 orang lelaki itu positif dadah. Wanita dan kanak-kanak itu telah dibawa ke Pihak Jabatan Kebajikan (JKM) untuk mendapatkan bantuan yang bersesuaian.

Sehingga kini video tersebut mendapat raturan ribu tontonan dan dibanjiri dengan komen warganet. Rata-rata meluahkan rasa sedih dan pilu melihat keadaan kanak-kanak itu.

“Ya Allah kesiannya. Baru umur 4 tahun, kecil lagi. Macam mana dia makan dan minum,” tulis salah seorang netizen.

Baca juga: Tak Ada Haruman Bau Syurga Jika Putuskan Hubungan Silaturrahim Adik-Beradik

Sumber: TikTok Shanizam

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×