Nur

Suami Pukul Isteri Depan Anak, Jangan Ambil Ringan Hukum Ini

4
SHARES
SUAMI PUKUL ISTERI

Masalah kekerasan dalam rumah tangga seperti suami pukul isteri sering kali terjadi dan perkara ini sudah tentunya membimbangkan ramai pihak.

Perlu diingatkan bahawa apabila memasuki alam perkahwinan, perbuatan suami pukul isteri adalah alternatif terakhir terutamanya jika di hadapan anak.

Baca juga: Hukum Laungkan Azan Sebelum Bertolak Ke Mekah, Dibolehkan Atau Sebaliknya?

SUAMI PUKUL ISTERI DEPAN ANAK, INI HUKUMNYA

SUAMI PUKUL ISTERI

Menurut Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi, seorang suami hanya dibenarkan memukul isterinya jika pasangannya nusyuz. Walau bagaimanapun, perlu menasihati isteri terlebih dahulu.

Jalan kedua adalah anda boleh asingkan tempat tidur jika nasihat tidak dihiraukan. Jalan terakhir barulah si suami boleh memukul isteri jika masih berlaku derhaka.

Pukulan pula bukan sehingga mengeluarkan darah tetapi hanya ringan sahaja dan tidak menyebabkan kesengsaraan jiwa atau kecederaan di bahagian tubuh.

Tujuan memukul isteri adalah untuk mendidik dan memperbaiki sahaja. Jangan sampai si dia takut dan lari dari rumah meninggalkan suami.

Si suami juga perlu mengetahui bahawa memukul wajah isteri adalah tidak dibenarkan walaupun berlaku perselisihan faham yang sangat dashyat.

Tindakan suami pukul isteri di bahagian wajah adalah haram dan tidak boleh dilakukan walaupun isteri berlaku derhaka.

“Maka, suami haruslah sentiasa berhati-hati dan perbanyakkan bermuhasabah diri agar dapat berfikir dengan lebih rasional dalam melakukan sesuatu perkara,” jelasnya.

Selain itu, suami juga tidak dibenarkan memukul isteri di hadapan anak kerana tindakan tersebut boleh menyebabkan trauma dan tekanan perasaan.

Perbuatan ibu bapa sudah tentunya menjadi cerminan anak-anak jadi elak melakukan tindakan negatif seperti pukul isteri di hadapan mereka.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Doa Ketika Masuk Dan Keluar Kota Mekah, InsyaAllah Diberkati Allah

Sumber: JAWI & Popmama

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×