Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Isu Rumah Tangga Selebriti Cetus Perbincangan, Bolehkah Pukul Isteri Dalam Islam? Ini Had Yang Perlu Difahami

suami pukul isteri

Isu rumah tangga selebriti sering menjadi perhatian masyarakat, lebih-lebih lagi apabila melibatkan kes suami pukul isteri. Terbaharu, tercetusnya perbalahan dalam rumah tangga pasangan popular dan membuka ruang untuk masyarakat memahami satu topik yang sering disalah tafsir iaitu kedudukan Islam terhadap perbuatan memukul isteri.

Masih ramai beranggapan Islam ‘menghalalkan’ keganasan rumah tangga, sedangkan hakikatnya ajaran Islam meletakkan had yang sangat ketat, malah menutup hampir semua ruang kepada perbuatan tersebut. Berikut merupakan penjelasan dalam had yang dimaksudkan.

Baca juga: Tular 200K Tontonan, Isteri Pertama Tabah Siapkan Suami Bernikah Lagi.. Luahan ‘Demi Anak, Saya Kena Kuat’ Undang Air Mata Netizen

Ada Had-Had Yang Dibenarkan Untuk Suami Pukul Isteri Dalam Islam, Jangan Salah Tafsir!

suami pukul isteri

Foto: freepik

Asas perkahwinan dalam Islam ialah sakinah (ketenangan), mawaddah (kasih sayang) dan rahmah (belas ihsan). Hubungan suami isteri bukan medan kuasa, tetapi amanah.

Rasulullah SAW bersabda:

“Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik terhadap keluarganya, dan aku adalah yang paling baik terhadap keluargaku.”– (Hadis Riwayat Tirmizi)

Prinsip ini menjadi neraca utama dalam memahami ayat dan hadis yang sering disalah tafsir berkaitan isu memukul isteri. Perbincangan ini lazimnya merujuk kepada Surah An-Nisa ayat 34, yang menyebut langkah menangani isteri yang melakukan nusyuz (derhaka yang berat).

Namun, ayat ini tidak boleh dibaca secara terpisah atau difahami secara literal tanpa rujukan tafsiran ulama. Islam menetapkan tiga peringkat yang sangat jelas:

1. Menasihati Dengan Hikmah

Langkah pertama ialah nasihat, peringatan dan perbincangan secara baik. Tiada unsur paksaan atau kekerasan.

2. Memisahkan Tempat Tidur

Jika nasihat tidak berhasil, suami dibenarkan menjauhkan diri di tempat tidur sebagai isyarat emosi dan psikologi — bukan hukuman fizikal.

3. “Memukul” Dengan Syarat Yang Sangat Ketat

Inilah bahagian yang paling banyak disalahfahami. Para ulama menjelaskan bahawa istilah ‘memukul’ dalam konteks ini:

  • Bukan pukulan yang menyakitkan
  • Tidak meninggalkan kesan atau luka
  • Tidak mengenai wajah
  • Tidak bertujuan menyakiti, apatah lagi mendera
  • Malah sebahagian ulama menyatakan ia lebih bersifat simbolik, dan meninggalkannya adalah lebih afdhal.

Melalui penjelasan dan huraian yang diberikan dapat disimpulkan bahawa perbuatan nusyuz tidak hanyalah terjadi pada isteri bahkan seorang suami juga boleh menjadi nusyuz menurut al-Quran dan hadis. Sebagaimana persepsi masyarakat bahawa nusyuz itu hanyalah pada isteri maka di dalam bab ini telah menjelaskan bahawa nusyuz itu boleh terjadi kepada dua belah pihak iaitu suami dan isteri.

Dalam Journal of Hadith Studies juga menjelaskan tentang alat-alat yang dibenarkan menurut syarak untuk dijadikan sebagai objek atau alat pukulan. Antara alat-alatnya adalah:

  • Jerami/ rumput
  • Siwak
  • Tangan yang dibaluti kain

Aisyah RA meriwayatkan: “Rasulullah SAW tidak pernah memukul seorang wanita pun, tidak juga seorang khadam.”– (Hadis Riwayat Muslim)

Ini menjadi bukti paling jelas bahawa contoh terbaik dalam Islam tidak pernah menggunakan kekerasan dalam rumah tangga. Malah Rasulullah SAW menegur lelaki yang memukul isterinya, dan menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak bermaruah.

Ulama Tegaskan: Haram Jika Membawa Kemudaratan

suami pukul isteri

Foto: freepik

Majoriti ulama kontemporari sepakat bahawa:

  1. Sebarang pukulan yang menyakitkan adalah haram
  2. Keganasan rumah tangga bercanggah dengan maqasid syariah
  3. Undang-undang negara wajib dipatuhi
  4. Di Malaysia, perbuatan mencederakan pasangan adalah kesalahan jenayah, dan Islam tidak pernah menghalalkan perbuatan yang membawa mudarat.

Kesimpulannya, Islam tidak pernah memberi lesen untuk menindas wanita. Sebaliknya, ajaran Islam mengangkat martabat isteri dan menjadikan kasih sayang sebagai asas perkahwinan.

Baca juga: “Yang Single Jangan Tengok”- Pulang Lepas Setahun, Momen Manis Anggota MALBATT Lari Peluk Suami Buat Ramai Terharu

Sumber: Dr. Zulkifli Al-Bakri, Journal of Hadith Studies

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×