Famili

Peka Dengan Tanda-Tanda Awal Tanah Runtuh/Mendap Di Persekitaran Anda, AWAS!

15
SHARES
kejadian tanah runtuh

Sangat menyeramkan apabila baru-baru ini berlaku kejadian tanah runtuh atau tanah jerlus di tengah kota raya iaitu kawasan Masjid India, Kuala Lumpur. Mendapan yang melebihi 50 meter itu mengakibatkan ramai orang awam terlibat dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih giat dijalankan.

Oleh kerana ramai yang gerun dengan kejadian sebegini dan boleh berlaku di mana-mana sahaja, berikut merupakan sedikit informasi mengenai tanda-tanda awal kejadian mendapan tanah di sekitar anda. Boleh bertindak awal!

Baca juga: Wanita Bersalin Kembar Tiga Terkejut, Mak Mentua Minta Serah Anak Seorang Dekat Kakak Ipar

TANDA-TANDA AWAL KEJADIAN TANAH RUNTUH, ANDA KENA PERHATIKAN!

kejadian tanah runtuh

Foto: Berita Harian

1.Persekitaran cerun

-Benjolan pada kaki cerun atau tembok penahan.
-Air keluar melalui permukaan tanah di lokasi baharu berhampiran cerun.
-Air keluar di kaki cerun.
-Pagar, dinding, tiang atau pokok kelihatan condong atau beralih.
-Terdapat rekahan pada cerun.
-Paip air pecah.

2.Persekitaran anda

Rekahan pada tanah atau asas rumah,bangunan dan struktur lain.
-Pintu atau tingkap tersekat buat pertama kali.
-Struktur cerun beralih daripada posisi awal.
-Benjolan pada kaki cerun atau tembok penahan.
-Tebing jalan mendap atau jatuh.
-Rekahan pada tanah atau kawasan bersimen semakin besar.
-Pergerakan tanah dan runtuhan kecil.
-Dinding luar, kaki lima atau tangga bergerak dari tapak asal bangunan.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN PERLU DIBUAT

1.Sebelum kejadian

-Pantau tanda-tanda awal tanah runtuh di persekitaran anda.
-Rancang pelan pengosongan kawasan untuk keluarga.
-Sediakan beg kecemasan untuk anda dan keluarga.
-Patuhi sistem amaran tanah runtuh untuk kawasan setempat.

2.Ketika kejadian

-Maklumkan jiran-jiran yang tidak sedar berlakunya bencana.
-Kosongkan kawasan dna jauhkan diri dari lokasi tanah runtuh.
-Tundukkan badan dan lindungi kepala sekiranya terperangkap.

3.Selepas kejadian

-Periksa jika terdapat sebarang kecederaan dan maklumkan pasukan penyelamat untuk rawatan segera.
-Elakkan berada berdekatan lokasi tanah runtuh kerana kejadian susulan boleh berlaku.

kejadian tanah runtuh

Foto: Kosmo

*Semoga kita dijauhkan dengan perkara-perkara sebegini ya!

Baca juga: Dr. Say Kongsi Pengalaman Jika Mahu Melancong Ke India, Semuanya Di Paras BAHAYA!

Sumber: BERNAMA

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×