Sihat

Indonesia Lapor 11 Kes Monkey Pox, KKM Ketatkan Sempadan Dengan 6 Langkah Segera Ini!

21
SHARES
cacar monyet malaysia

Selepas seluruh dunia berhadapan dengan wabak Covid-19 yang melupuskan hampir setengah populasi manusia di dunia, terbaharu, kita digemparkan pula dengan kes cacar monyet Malaysia. Namun, jangan risau, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan tiada kes baharu membabitkan Mpox di Malaysia setakat ini, biarpun berlaku peningkatan jangkitan di rantau Afrika.

KKM memaklumkan, jumlah keseluruhan mpox yang disahkan di negara ini kekal sembilan kes yang mana kes pertama dilaporkan pada 26 Julai 2023 dan terakhir ialah pada November tahun sama.

Baca juga: Kaki Adik Hidayat Tiba-Tiba Membengkak Selepas Merentas Desa, Terpaksa Dipotong…

TIADA KES BAHARU CACAR MONYET MALAYSIA TAPI KKM TINGKATKAN 6 LANGKAH AWAS!

cacar monyet malaysia

Foto: Warta Transparasi

Ini merupakan 6 langkah keselamatan dan pencegahan awal dari KKM yang boleh diberi perhatian:

1.Menasihatkan individu yang mempunyai sejarah aktiviti berisiko dan mempunyai gejala seperti ruam atau lepuh pada kulit perlu segera menjalani pemeriksaan di fasiliti kesihatan berhampiran serta mengelakkan kontak dengan individu lain bagi mengelakkan penularan jangkitan.

2. Memastikan semua pengamal perubatan di fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta untuk menotifikasi kes disyaki dan kes yang disahkan Mpox dengan segera ke Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan bagi memastikan langkah-langkah pencegahan dan kawalan dapat dilaksanakan.

3.Bagi pengurusan kes Mpox, pengamal perubatan boleh merujuk kepada garis panduan “Guidelines on mpox management in Malaysia 2023″ di laman sesawang portal rasmi KKM (www.moh.gov.my).

4. Memastikan makmal bagi pengujian dan diagnostik bersedia di mana buat masa ini terdapat 10 buah makmal yang menjalankan ujian PCR bagi tujuan pengesahan termasuk dua makmal swasta.

5. Mempertingkatkan aktiviti kesedaran Mpox dan edaran bahan pendidikan kepada kumpulan berisiko dengan kerjasama badan bukan kerajaan di lokasi-lokasi yang dikenal pasti seperti spa & sauna.

6. Memastikan premis-premis yang menyediakan perkhidmatan yang melibatkan kontak kulit dengan pelanggan seperti spa, urutan dan lain-lain aktiviti berisiko untuk sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran di samping memastikan tiada pekerja atau pelanggan di premis berkaitan mengalami gejala atau menunjukkan tanda Mpox seperti ruam atau lepuh pada kulit.

cacar monyet malaysia

*Semoga kita sentiasa dilindungi dan bebas dari segala wabak yang boleh menjejaskan kehidupan seharian. Aamiin..

Baca juga: 10 Jenis Masalah Gangguan Keperibadian/Mental, Ramai Alami Yang No.7!

Sumber: Astro Awani, Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×