Asuh

Ketahui Punca Kenapa Anak Mudah Menipu Dengan Ibu Bapa, Hal Serius Ni!

10
SHARES

Dalam mendidik anak, perlu tahu cara betulnya. Dalam menegur anak jangan sampai anak termakan hati. Dalam memberi hukuman kepada anak jangan sampai ibu bapa dibenci.

Banyak sebenarnya kesan negatif boleh terjadi. Boleh mengundang anak membentuk sikap-sikap buruk jika ibu bapa tersalah langkah dalam membesarkan anak untuk menjadi manusia yang berguna.

Baca juga: Jururawat Kongsi Bayi Usia 6-8 Bulan Tak Semestinya Perlu Makan Sehingga Kenyang

KETAHUI PUNCA KENAPA ANAK MUDAH MENIPU DENGAN IBU BAPA, HAL SERIUS NI!

Jadi, anda perlu tahu apakah tanda seseorang anak itu berasa selamat dan selesa dengan kita serta, bagaimana caranya untuk buatkan mereka rasa seperti tersebut.

Perasan tak, bila kita rigid dan impulsif dalam menghukum, nampak banyak kesan buruk pada anak.

*impulsif bermaksud kecenderungan untuk bertindak melulu atau sesuka hati tanpa memikirkan kesan atau akibatnya.

Mereka lebih mudah menipu dan menyorok bila buat silap. Lebih pendiam dan memendam.

Bila bercakap, bunyinya kasar dan memberontak.

Tapi bila kita lebih bersikap ceria, friendly dan terbuka, mereka nampak lebih ‘Emotionally Secure’.

5 TANDA ANAK RASA EMOTIONALLY SECURE DENGAN KITA:

1. Depan orang lain kemain behave. Depan kita, ‘buat perangai’.

2. Anak suka bercerita apa yang dilaluinya pada kita.

3. Anak selesa diskas apa yang dia fikir dan rasa dengan kita.

4. Boleh datang minta maaf dan mengaku silap. Tanpa perlu sorok-sorok atau menipu.

5. Tak kekok tunjukkan pelbagai emosi pada kita. Walaupun emosi tersebut emosi negatif seperti sedih, kecewa, marah dsb.

ANAK AKAN RASA ‘EMOTIONALLY SECURE’ BILA KITA:

1. Validate emosi dia hila dia mengamuk/ menangis.

2. Kita tak mengkritik atau melabel hila anak mengadu sesuatu.

3. Kita tidak merendahkan, sebaliknya bagi semangat, nasihat dan guide bila mereka nak mencuba.

4. Kita letakkan boundary dan peraturan yang sesuai dengan fitrah keupayaan mereka.

5. Kita tak cepat menghukum. Sebaliknya meraikan kesalahan sebagai peluang untuk belajar betulkan kesilapan.

Rumah patut kena jadi tempat yang selamat untuk emosi anak-anak.

Kalau tidak, mereka akan mencari kawan luar yang lebih menerima kelemahan mereka. Walaupun kawan tu adalah kawan yang ‘salah’.

Sumber: Facebook Wawa Shauqi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×