Asuh

Jururawat Kongsi Bayi Usia 6-8 Bulan Tak Semestinya Perlu Makan Sehingga Kenyang

14
SHARES
Bayi seusia 6-8 bulan

Bayi seusia 6-8 bulan, kebiaasaannya telah diberi makanan lengkap selain menyusu. Malah, bayi seusia ini sudah mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi tentang bagaimana rasa sesuatu makanan itu. Namun, kerana begitu teruja kadang-kala ibu bapa dibuai perasaan sehingga memaksa anak untuk menghabiskan makanan.

Menurut seorang jururawat Puan Bel Nawhen, pemberian makanan lengkap kepada bayi seawal usia 6-8 bulan hanya untuk perkenalkan bayi dengan tekstur dan rasa sahaja. Jadi, mari baca dengan lebih lanjut.

Baca juga: 12 Aktiviti Santai Bersama Anak Hanya Guna Pengepit Baju!

BAYI SEUSIA 6-8 BULAN

Bayi seusia 6-8 bulan

Bayi dah 6 bulan, mesti excited kan nak mulakan makanan pelengkap.

Lepas itu, kita masak sendiri, anak makan pun selera, poo poo pun ok, tak keras, tak nampak beria meneran sampai kita tengok pun sedih.

Tanda bayi sudah bersedia untuk menerima makanan pelengkap

Biasanya, apabila bayi menunjukkan tanda bersedia untuk menerima makanan pelengkap seperti dibawah;

  • Boleh duduk tanpa sokongan atau sedikit sokongan dan boleh mengawal kepalanya
  • Cepat lapar atau meminta susu lebih kerap selepas diberi susu
  • Mampu mengawal lidah dengan baik
  • Mula mengunyah atau menggerakkan mulut sepeti mengunyah
  • Gemar memasukkan benda ke dalam mulut
  • Menunjukkan minat kepada makanan atau yang anda makan atau cuba merampas makanan dan membuka mulutnya

Ini menandakan bayi sudah bersedia untuk terima makanan TETAPI kena tahu, bayi boleh mula makan makanan pelengkap apabila…

Bayi berusia 6 BULAN (waktu ini sistem penghadapan bayi sudah matang) kecuali telah dinasihatkan oleh doktor untuk mula makanan pelengkap lebih awal.

Jangan lakukan ini sewaktu menyuap makanan kepada bayi

Bila nak mulakan makanan pelengkap ni, bukan diri kita saja nak selesa, bayi pun sama juga.

  1. Jangan bagi makanan sambil bayi baring. Nanti boleh tersedak lepas tu makanan masuk paru-paru pula nanti. Seeloknya tinggikan kepala bayi atau dudukkan dia.
  2. Gunakan sudu lembut, bukannya sudu besi. Bayi baru nak mula kenal makanan, takut masa masukkan sudu dalam mulut, takut boleh lukakan bibir atau gusi si kecil.

KEKERAPAN PEMBERIAN MAKANAN PELENGKAP

bayi seusia 6-8 bulan

1. 6-8 Bulan

  • Makanan 2-3 kali sehari.
  • Susu ibu 5-6 kali.
  • Tidak perlu SNEK.
  • Boleh beri jika baby boleh terima.

2. 9-11 Bulan

  • Makanan utama 3-4 kali sehari.
  • Susu ibu ikut permintaan.
  • Snek 1-2 kali.

3. 1-2 Tahun

  • Makanan utama 4-5 kali sehari.
  • Susu ibu ikut permintaan.
  • Snek 1-2 kali.

** Snek berkhasiat bermaksud buah-buahan seperti pisang atau betik atau biskut mengikut umur dan pertumbuhan gigi. Bukannya jajan.

Perkara apa yang boleh!

  1. Perkenalkan SATU makanan pada SATU masa. Contoh, mulakan dengan bubur nasi yang dilenyek atau dikisar atau dicair sehingga bayi boleh menyesuaikan diri.
  2. Tunggu sehingga 3 HARI /4 HARI (3 day/4 day rules) selepas memperkenalkan makanan baru. Selain boleh mengesan alahan terhadap sesetengah makanan jika ada, bayi akan menunjukkan penerimaan atau tidak terhadap makanan yang diperkenalkan.
  3. Mulakan dengan kuantiti yang sikit, barulah tambah mengikut kesesuaian peringkat umur bayi.
  4. Boleh campur jenis makanan dalam satu hidangan mengikut khasiatnya apabila bayi sudah mula membiasakan diri dengan makanan yang diperkenalkan. Kiranya dah pass dah 3 days/4 days rules.
  5. Kalau bayi sembelit, tukar menu lain atau jangan campur lagi makanan yang sama untuk menu seterusnya.
  6. Pastikan beri anak makan apabila bayi lapar, sebelum meragam atau hilang selera makan.
  7. Pastikan tekstur dan rasa makanan sesuai dengan tahap perkembangan bayi.
  8. Beri peluang kepada bayi (mengikut keupayaan) untuk ambil makanan sendiri atau minum menggunakan cawan.
  9. Beri makanan tanpa gangguan dari televisyen, mainan semasa makan. Gangguan akan menyebabkan selera makan bayi terputus.
  10. Makan sekali bersama bayi anda.

Perkara apa yang tidak boleh!

  1. Mencampur semua makanan berlainan jenis kepada bayi dalam satu masa sewaktu awal-awal memperkenalkan makanan pelengkap.
  2. Elak beri makanan yang boleh membuatkan baby tercekik seperti kekacang, daging ayam yang tidak dilecek atau carik sempurna.
  3. Paksa bayi untuk makan atau beri makanan berlebihan. Berhenti apabila anak anda memalingkan muka atau mengeluarkan makanan yang disuap.
  4. TAK PERLU letak gula atau garam dalam makanan bayi. Sebabnya setiap makanan dah ada rasa dia sendiri dan beri peluang baby untuk rasa perasa yang asli dari ikan, ayam, nasi, sayur dan buah-buahan.

Anda perlu tahu, weaning atau memperkenalkan makanan pelengkap di usia 6-8 bulan BUKAN untuk memberikan bayi kenyang tetapi memperkenalkan bayi dengan tekstur dan rasa. Teruskan penyusuan susu ibu.

Sumber: Facebook Bel Nawhen

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×