Asuh

Hmm..Nyummy! Si Kecil Pasti Suka Bila Ibu Buat 5 Resipi Buah Naga Ini, Sedap & Mudah!

50
SHARES
BUAH NAGA UNTUK BAYI

Buah naga untuk bayi sesuai dijadikan menu makanan harian kerana boleh diolah kepada pelbagai resepi. Ini bermakna, mommy tidak hanya terhad kepada satu idea sahaja kerana ia boleh menyebabkan si manja bosan dan tidak mahu makan.

Jadi, ibu-ibu di luar sana boleh cuba resepi buah naga untuk bayi seperti perkongsian di bawah. Kesemua menu ini mudah sahaja untuk dihasilkan.

Baca juga: 6 Strategi Ajar Anak Bercakap Guna Permainan Bubbles, Baru Makin Petah!

5 RESEPI BUAH NAGA UNTUK BAYI, SEDAP & SENANG NAK BUAT

BUAH NAGA UNTUK BAYI

1. Buah naga + mangga

Bahan-bahan:

  • Buah naga
  • Buah mangga manis

Cara penyediaan:

– Kupas buah naga dan buah mangga.

– Letakkan ke dalam mangkuk dan lenyek buah sehingga hancur.

– Campurkan kedua-dua buah sehingga sebati dan sedia untuk dimakan.

2. Bubur oat buah naga

Bahan-bahan:

  • 1 sudu besar oat, dikisar halus
  • 1/2 cawan air masak
  • Buah naga, kisar halus

Cara penyediaan:

– Rebus 1 sudu besar oat sehingga masak.

– Kemudian, tuangkan ke dalam bekas dan masukkan 2 sudu besar puri buah naga.

– Sedia untuk diberikan kepada si manja anda.

3. Puri buah naga & keju

Bahan-bahan:

  • Buah naga
  • Keju

Cara penyediaan:

– Potong buah naga kepada beberapa bahagian dan kisar sehingga halus.

– Tapis buah yang sudah dikisar. Kemudian, parutkan keju dan taburkan ke atas puri tersebut.

– Simpan dalam peti sejuk dan hidangkan.

4. Bubur Sumsum buah naga

Bahan-bahan:

  • 1/2 puri buah naga
  • 1 sudu besar tepung beras
  • Air secukupnya
  • 1 sudu besar santan pekat

Cara penyediaan:

– Panaskan santan cair sehingga mendidih.

– Kemudian, masukkan tepung beras yang sudah dicampur dengan sedikit air.

– Kacau sehingga bancuhan tepung dan santan menjadi bubur sumsum.

– Tambahkan sedikit puri buah naga ke dalam bubur dan sedia untuk diberikan kepada si kecil.

5. Puri biskut dan buah naga

Bahan-bahan:

  • 2 keping biskut bayi segera
  • Air suam secukupnya
  • 1-2 sudu besar buah naga

Cara penyediaan:

– Larutkan biskut bayi ke dalam air suam. Setelah biskut menjadi bubur, tuangkan di atasnya dengan topping buah naga yang telah dilenyek.

– Pure biskut buah naga sedia untuk dihidangkan!

Mudah sahaja 5 resepi buah naga untuk bayi anda.

Selamat mencuba mommy semua!

Baca juga: Baru Tahu Jangan Sapu Air Bila Anak Kena Sawan Demam, Guna 6 Cara Ini Untuk Redakan

Sumber: Orami

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×