Asuh

12 Aktiviti Santai Bersama Anak Hanya Guna Pengepit Baju!

2
SHARES

Sekarang ini, pelbagai kaedah atau aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak-anak di rumah. Sangat mudah nak buat sesuatu aktiviti yang menarik dengan menggunakan apa yang ada di rumah seperti pengepit baju.

Apabila ibu bapa mempunyai pelbagai idea, pengepit baju pun boleh dijadikan alat untuk bermain dengan anak sambil belajar. Menarik bukan? Jom ikuti, 12 aktiviti santai menggunakan pengepit baju seperti yang dikongsikan oleh Puan Hanis Athirah Rusli.

Baca juga: Latih Anak Genius Matematik Hanya Dengan 13 Idea Aktiviti Guna Linking Cubes, Menarik!

12 AKTIVITI SANTAI BERSAMA ANAK HANYA GUNA PENGEPIT BAJU!

Pagi tadi Anis pindahkan gambar dan video dalam phone ke laptop sebab memory phone berat sangat.

Ehh, baru perasan banyak rupanya aktiviti yang telah kami gunakan guna bahan bantu belajar yang sama. Salah satunya pengepit baju!

Alang-alang pagi tu pun kami buat beberapa aktiviti bertemakan pengepit baju. Jadi, memandangkan kita sekarang dalam fasa berjimat cermat, Anis terdetik nak kumpulkan dalam satu album aktiviti homeschool kami yang menggunakan pengepit baju.

Mana tahu boleh kongsikan idea dekat ibu-ibu yang nak santai-santai beraktiviti dengan anak. Anis suka aktiviti hands on sebab bila mereka belajar sambil bermain, berpuluh ganda lebih mudah dikuasai berbanding teori semata-mata.

Paling penting anak seronok belajar, kita pun suka. Semoga perkongsian Anis dapat membantu ibu membuat sesuatu yang bermanfaat bersama anak daripada bagi mereka tengok TV saja. Taklah mereka bosan dekat rumah kan.

Koleksi pengepit baju kami, ni separuh lagi tak masuk dalam gambar sebab ada kepit dekat baju yang tengah sidai dekat luar (gambar di atas).

SENARAI AKTIVITI MENARIK BERSAMA ANAK MENGGUNAKAN PENGEPIT BAJU

1. AKTIVTI MENGENAL PASTI POLA (PATTERN)

Buat beberapa susunan yang sama, tapi kosongkan dua kotak yang paling hujung.

2. AKTIVITI MENGECAM BENTUK

Tampal tape berbentuk segi empat, segi tiga dan segi tepat pada lantai. Lepas itu, minta anak susun pengepit atas garisan tape tu.

Aktiviti ini seronok kerana anak boleh fokus sambil belajar mengenali bentuk.

3. AKTIVITI MEMADANKAN WARNA YANG SAMA

Boleh digunakan untuk mengecam dan mengelas warna. Masa kepit pun kita dapat ransang kemahiran motor halus anak.

4. AKTIVITI MEMBILANG SAMBIL BELAJAR SUSUNAN NOMBOR MENAIK

Bimbing anak mengira nombor dan kepitkan pengepit baju antara satu sama lain. Selepas itu, boleh dedahkan anak konsep susun nombor secara menaik.

5. AKTIVITI MENGECAM HURUF BESAR & HURUF KECIL

Minta anak gabungkan pengepit baju secara berdua-dua. Pada helaian kertas sticker, tulis huruf besar dan huruf kecil yang ingin anak pelajari. Minta anak camkan dan gabungkan huruf besar dan kecil yang sama.

6. AKTIVITI MOTOR HALUS

Boleh gunakan pengepit baju untuk gantikan tweezer dengan mengepit objek yang kecil seperti bebola kapas atau pom pom.

7. AKTIVITI MENGGABUNG BUNYI

Ibu sebut perkataan yang ingin anak belajar. Seterusnya minta anak mengepit ejaan berdasakan konsep gabung bunyi.

8. AKTIVITI MENAMBAH

Baling dadu dan minta anak kira bilangan dot yang terdapat pada permukaan dadu.

Letak pengepit baju mengikut bilangan yang dinyatakan pada dadu. Ulangi langkah sekali lagi.

Seterusya minta anak jumlahkan bilangan keseluruhan pengepit baju.

9. AKTIVITI MEMBILANG

Tampal sticker pada lego, minta anak kepitkan bilangan pengepit baju sepadan dengan jumlah yang dinyatakan pada lego.

10. AKTIVITI PENGECAMAN NOMBOR (NUMBER RECOGNITION)

Tampal sticker pada kotak dan pengepit baju. Minta anak mengecam nombor yang sama dan kepitkan sekali.

11. AKTIVITI PENGECAMAN NOMBOR (NUMBER RECOGNITION)

Tampal sticker dekat hanger dan pengepit baju secara rawak, minta anak kepit yang sama sambil sebut nombor.

12. UNSTRUCTURED PLAY (FREE PLAY)

Beri saja kepada anak pengepit baju ni, pasti banyak idea yang dapat mereka hasilkan.

Banyakkan aktiviti anda boleh buat bersama anak-anak menggunakan apa yang ada di rumah seperti pengepit baju ini. Setelah selesai menjalankan aktiviti, pastikan pengepit disimpan semula dan tidak hilang. Takut nak guna mengampai pakaian, tiada pula pengepit baju. Satu hal pula nak membeli.

Sumber: Facebook Hanis Athirah Rusli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×