Famili

Antara Tempat & Aktiviti Menarik Di Gamuda Land Yang Anda Sekeluarga Boleh Buat Pada Cuti Sekolah

100
SHARES

Pada musim cuti sekolah, ramai yang cari tempat dan aktiviti menarik untuk dibuat seisi keluarga. Maklumlah bukan senang nak luangkan masa bersama. Sambil-sambil itu bolehlah rehat dan hilangkan stres.

Di sini kami kongsikan beberapa tempat dan aktiviti menarik yang ditawarkan di bawah GL PLAY oleh Gamuda Land. Pergilah bersama keluarga anda nanti!

Gamuda Cove, Kuala Langat

Lokasi Gamuda Cove strategik di sepanjang Lebuhraya ELITE di koridor selatan Lembah Klang serta berdekatan KLIA dan KLIA2. Oleh itu, ia mudah diakses oleh pelancong tempatan mahupun luar negara.

Ini antara tempat dan aktiviti menarik di Gamuda Cove untuk anda sekeluarga!

  •  Discovery Park

Tempat ini bukan saja mempunyai pelbagai aktiviti yang boleh dicuba, malah semua aktiviti sesuai untuk kanak-kanak sehingga orang dewasa.

Suka aktiviti lasak? Cubalah Goosebump Rope Course. Ia terbahagi dua untuk dewasa dan kanak-kanak. Antara cabaran yang perlu ditempuhi seperti giant swing, abseiling dan pelbagai lagi cabaran menarik.

Nak menikmati pemandangan indah? Boleh cuba Cove Aerobar yang merupakan Aerobar pertama di Asia Tenggara. Anda sekeluarga akan dapat menikmati pemandangan daripada ketinggian 35 meter dari paras laut. Waktu senja serius cantik!

  • Paya Indah Discovery Wetlands

Seronoknya kalau dapat menikmati percutian dalam suasana alam yang menghijau dan tenang. Lokasi di sini sangat luas dan merupakan habitat kepada lebih dari 225 spesies burung.

Anda boleh sertai aktiviti Safari Insta-Tour selama 45 minit untuk melawat 3 lokasi yang cantik.

Anda sekeluarga juga boleh menaiki Boat Cruise untuk memenikmati keindahan tasik, flora dan fauna yang ada. Segar mata memandang.

  • SplashMania, Gamuda Cove

Anda penggemar aktiviti taman air? Inilah tempatnya. Bersama tagline “Keseronokan Dikelilingi Alam Semula Jadi”, dalam ni ada 39 tarikan menarik yang wajib dicuba!

Tumpuan utama di sini ialah Treasure Tower. Terdapat 8 gelongsor yang berbeza dalam 1 menara. Anak-anak anda mesti akan berseronok dan suka punya! 

Selain itu, gelongsor yang terdapat di Mini Mania sesuai buat mainan kanak-kanak. Terdapat replika baldi besar yang melimpahkan air ke bahagian bawah apabila sudah dipenuhi air. Sungguh menarik!

Gamuda Gardens, Rawang

Gamuda Gardens boleh di akses dari tiga highway utama iaitu Highway Utara-Selatan, LATAR expressway dan juga Lebuhraya Guthrie. Gabungan gaya hidup dan alam semula jadi yang indah menjadikannya salah satu lokasi spot OOTD yang cantik.

Nak tahu tempat dan aktiviti paling best yang anda sekeluarga boleh buat di Gamuda Gardens? Ini dia..

  • Xploria

Xploria menampilkan Waterfront Village yang menempatkan deretan runcit yang unik dengan kedai runcit dan F&B yang dipilih khas. Central Park seluas 50 ekar juga merupakan kawasan mesra haiwan peliharaan.

Aktiviti paling menarik untuk dibuat di sini ialah Donut Boat Ride. Anda boleh nikmati satu panorama menyelusuri tasik yang terbentang luas. Momen paling berharga buat seisi keluarga.

Kami juga rekomen untuk mencuba aktiviti Water Biking yang akan membuat anda teruja berada di atas air. Nak berlumba dengan keluarga, mainlah Crazy Kart. Seronok dan mendebarkan!

  • Big Bucket Splash

Sesuai buat anda yang mempunyai ramai anak yang masih kecil. Ia merupakan taman tema air mesra kanak-kanak. Pelbagai permainan air menarik di sini seperti kolam renang, rumah arus, rakit, pelampung dan sebagainya.

Fasiliti lain yang disediakan di taman ini termasuk gazebo, kolam ikan, dan lain-lain. Dengan berbagai permainan air yang tersedia, inilah tempat sempurna untuk bercuti bersama keluarga.

Selain sebagai tarikan permainan air, anda juga boleh merancang hari jadi peribadi untuk anak-anak di tempat ini. Untuk tempahan majlis peribadi, anda boleh e-mel kepada [email protected].

Quayside, Twentyfive7, Gamuda Kemuning

Berkonsepkan bandar ceria dan lestari, Twentyfive7 sekarang telah menjadi tarikan ramai. Bukan sahaja buat pembeli rumah, malah keseluruhan masyarakat dari serata tempat yang berkunjung ke situ. Paling menarik, ia berdekatan dengan mall terbesar di Kota Kemuning: Quayside Mall dengan jarak 250m je.

Siapa sangka di Twentyfive7 adanya tempat riadah yang sangat santai buat seisi keluarga? Siap boleh berbasikal. Seronok nya! 

  • Quayside

Tumpuan utama di sini ialah The Lake, sebuah pemandangan air yang pasti memukau semua yang melihatnya. Menampilkan air pancut muzikal pertama di Kota Kemuning, Aurora Rhythms, tasik seluas 8 ekar ini menyediakan lebih banyak ruang riadah.

Antara aktiviti yang anda boleh buat bersama keluarga di sini ialah Flamingo Pedal Boat. Anak-anak anda akan rasa gembira kalau dapat naik bot comel sebegini di atas tasik. Ambil gambar juga cantik!

Selain itu, aktiviti Waterfront Superfly juga tidak kurang hebatnya. Bila lagi nak merasa debaran melayang di udara dengan tasik di bawah kaki? Ini la masanya untuk uji keberanian anda!

Lebih mudah kalau gunakan aplikasi mudah alih  GL PLAY

Bagi menawarkan kemudahan kepada pengunjung, Gamuda Land turut memperkenalkan aplikasi mudah alih, GL PLAY sebagai sebahagian daripada usaha pendigitalan taman.

Dengan GL PLAY, anda dapat beli tiket lebih awal melalui platform aplikasi tempahan. Anda juga boleh menavigasi kemudahan di taman berkenaan menggunakan ciri peta taman dan memesan makanan serta minuman tanpa perlu beratur. Syoknya!

Promosi Early Bird SplashMania, ada diskaun 50% untuk tarikan GL PLAY juga!

Siapa yang tidak sukakan promosi? Semua orang sukakannya! Buat anda yang bercadang untuk ke SplashMania, anda patut dapatkan promosi Early Bird dengan harga dewasa RM79 dan kanak-kanak/warga emas RM63.

Harga termasuk kandungan foto digital tanpa had secara PERCUMA. Promosi ini sah sehingga 31 Mac saja tau. Jangan lepaskan peluang!

Paling syok, anda juga boleh nikmati promosi PWP (Purchase With Purchase). Siap dapat diskaun 50% untuk tarikan yang ada di GL PLAY. Rugi kalau tak rebut.

Sudah tahu cuti sekolah mahu ke mana bukan? Semoga anda seisi keluarga dapat nikmati percutian yang indah dan menyeronokkan nanti!

Mahukan info tempat dan aktiviti menarik yang ada di Gamuda Land? Anda boleh gunakan aplikasi GL PLAY atau terus ke laman web di glplay.com.my.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×