Suami Isteri

Cara Semak Status Perkahwinan & Rekod Jenayah Pasangan Sebelum Kahwin

37.8K
SHARES
cara semak status perkahwinan

Sebelum mendirikan rumahtangga, pasti kita sudah melalui fasa perkenalan dengan pasangan masing-masing. Namun, mungkin ada juga dalam kalangan kita yang tertanya-tanya soalan lain seperti adakah pasangan pernah terlibat dalam sebarang kes jenayah Syariah atau tidak. Mungkin masih ada yang belum tahu bahawa setiap orang boleh tahu cara semak status perkahwinan dan rekod jenayah pasangan masing-masing di portal E-syariah.

Portal itu menyediakan maklumat mengenai rekod jenayah yang pernah dilakukan oleh seseorang. Jadi, jom kita tengok cara untuk menyemak portal itu telah dikongsikan oleh Faiq Fikrey menerusi Twitter miliknya.

Baca juga: Hanya 4 Bulan Usia Perkahwinan, Suami Iringin Pengebumian Isteri Pakai Baju Nikah..

CARA SEMAK STATUS PERKAHWINAN & JENAYAH PASANGAN SEBELUM KAHWIN

1.Buka portal E-syariah dan pergi bahagian semak status kes

cara semak status perkahwinan

2. Kemudian pilih samada MAL atau JENAYAH. Kemudian masuk kan IC pasangan anda. Dan click “cari”.

3. Ni contoh., saya pakai IC. Selesai. Alhamdulillah takda kes.

Menurut satu tweet di ruangan komen, seorang pengguna menjelaskan bahawa dalam mahkamah Syariah, kes jenayah itu bukanlah kes-kes sivil seperti mencuri, dadah dan membunuh.

Kes Jenayah Syariah adalah seperti ditangkap berkhalwat, berzina, minum arak, tak berpuasa dan seumpama. Kes Mal tu seperti rebut penjagaan anak, kes cerai, pusaka dsb.

*Selamat menyemak pasangan masing-masing ya. Selamat Pengantin Baharu!

Sumber: @faiqfikrey, E-Syariah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×